Friday, January 18, 2013

jubah baru

Semalam jubah yang Arzery pos dah sampai. Fesyennya lain sikit dari yang biasa tu. Bunga pun lain sikit. Setakat ni saya dah jual 10 helai jubah. Tak niat pun nak jual mulanya. Bila kawan2 tengok saya pakai semua tanya beli kat mana. So saya cakaplah sepupu yang jual. Bila tahu tu ramai yang nak dan berkenan. Saya ambil 17 pasang. Dah laku 10 tinggal 7.

Baru2 ni Huda sms bagitahu ada fesyen dan corak bunga baru. Saya pun minta dia pos sikit dulu. So semalam sampai. Dia hantar 6 pasang. Untuk sendiri punya saya ambil siap2 2 pasang hehe.... Iyalah, sebelum nak jual kenalah pakai dulu. Bila orang puji cantik ke atau berkenan boleh terus kita mulakan bisnes kita. Iya tak? Hehe....

Jubah ni selesa pakai pasal kain cotton. Saya sekarang suka pulak pakai jubah kalau pergi mana2. Setakat ni jubah yang saya beli kat Arzery dah 7 pasang kot. Itukan namanya nak tolong adik beradik berniaga hehe......

Jom tengok saya pakai jubah baru :) - adik yang tangkap gambar so kualiti tu kuranglah sikit hehe.... Bukan senang nak suruh dia ambil gambar nie - nyorok bawah mejalah, dalam biliklah ;) ....







No comments: