Sunday, January 6, 2013

First day anak sekolah untuk tahun 2013

Hari ini first day anak2 sekolah. Sekolah biasa tu last week dah mula. Saya dimaklumkan punca banjir yang buatkan sekolah Al Amin start lambat. Kemaman teruk banjir tahun ni. Ada jugak kenalan saya yang rumah mereka masuk air sampai ke pinggang. Pekan Kemaman lumpuh kejap gara2 banjir. Semalam saya pergi Secret Recipe - ada satu kek aje yang tinggal. Saya di bagitahu masa banjir tu habis rosak semua kek. Dalam kedai pun air masuk. Mereka tak berani nak order banyak2 takut nanti banjir lagi. Katanya takut2 ada gelombang kedua @ ke 3. Masa banjir tu saya takut jugak kalau area rumah saya pun banjir. Mujur Tuhan lindung, Alhamdulilah...

Hari ni start sekolah semalam baru kelam kabut beli barang2 sekolah anak2. Dah lambatkan so banyaklah yang tak ada saiz. Barulah nak panik hehe.... Punyalah banyak masa ada - last2 minit baru nak beli ha! Padanlah muka kan??

Dah ada kat Kuantan semalam, ambil peluang celebrate besday suami. Awal lah sikit tapi tak kisahlah kan. Hari Selasa tu takut pulak sibuk. Suami kerja dan anak2 pulak dah sekolah. Tak ada masa dah nak celebrate kat mana2.

Hari Selasa nanti saya buat entry special pasal besday suami ya hehe...

Dah lama tak bangun pagi - hari ni rasa macam seksa sikit nak bangun hehe... Walau ngantuk macamana pun kena jugak bangun pasal dah berazam nak jadi ibu yang rajin. Saya dah janji kat anak2 - nak siapkan bekal tiap2 hari untuk depa. So sebagai pemanas badan - hari ni buat yang simple2 dulu. Esok2 kita buat yang berat2 pulak. Menu hari ni sandwich aje.











No comments: