Tuesday, January 1, 2013

dirisik orang Kelantan part 2

Mai kita sambung balik cerita semalam tu....

Mak dan Hikeri
Pasal Hikeri.... Setiap kali jumpa Hikeri mesti kami semua rasa sedih. Adik selalu cakap kami ni yang terlebih emo. Selalunya kat sayalah hehe.....Iyalahkan, dah nama pun minah jiwang! Eh! Mak pun sedih tau. Masa raya tahun lepas mak siap nangis bila Hikeri datang rumah.

Semasa tempoh Hikeri dok pujuk adik balik pada dia - saya rasa sayalah yang mainkan peranan paling besar hehe.... Nak dikatakan tiap2 hari saya dan Hikeri berbalas mesej. Saya selalu suruh dia bersabar dan tunggu adik. Masa tu hubungan adik dan Shahmy mendapat tentangan habis-habisan dari kami semua. Last mesej Hikeri pada saya ialah dia kata dia akan tunggu adik. Dia jugak ada pujuk saya untuk terima Shahmy kalau itu yang boleh buat adik bahagia. Hikeri boleh tahan juga jiwangnya. Ayat2 nya power habis, saya pun kalah :)

Hati adik dah kuat pada Shahmy so apa juga yang kami kata macam curah air kat daun keladi aje. Akhirnya kami semua pun beralah. Lama2 kami pun pelan2 dapat terima Shahmy. Baru2 ni saya ada mesej Hikeri untuk bagitahu pasal hal adik nie. Saya rasa saya patut bagitahu dia sendiri. Mak pun dok pesan suruh saya mesej Hikeri. Masa bagitahu tu hati saya rasa luluh sangat (memang over pun). Walaupun jodoh dia dengan adik tak ada, tapi kami akan anggap dia sedara sampai bila2. Dia pun macam dah boleh agak. Walaupun sedih dia kata dia terima demi untuk kebahagiaan adik.  Dia sanggup beralah untuk kebaikan adik. Ayat2 dia meruntun perasaan betul!

Sebenarnyakan apa juga yang kami buat ialah untuk adik juga.  Untuk bagi dia hidup bahagia. Bila dia yakinkan yang dia boleh bahagia dengan Shahmy maka ikut ajelah kehendak hati dia tu. Lagipun boleh nampaklah si Shahmy pun betul2 nak dia jugak. Kejam pulakkan nak putuskan hubungan orang yang dok feeling cintan2 nie hehe....

Masa perbincangan tak rasmi tu - kami dah putuskan raya Cina ni mereka akan bertunang. Mungkin dalam 9hb February. Nikah dan kendurinya pulak insyaAllah dalam bulan 11 tahun ni jugak. Rasa macam cepat sangat tak? Kalau ikutkan pihak lelaki, bulan 3 ni nak buat nikah dan kenduri. Tapi kami tak bersedia lagi. Pastu nak buat bulan 6 pulak - pun kami tak ready lagi. Iyalah, baru lepas aje buat kenduri Farah. Duit pun tak sempat kumpul lagi. Lagi pulak adik pun tak kerja lagi. Bulan 3 atau 4 baru dia kerja.

Mak dia kurang sihat, itu yang diaorang nak cepat tu. Shahmy sekarang bekerja kat Sarawak. Mereka jumpa masa sama2 belajar kat Kolej. Dia tua dari adik 3 ke 4 tahun ntah. Lupa dah. Dulu2 adik selalu cerita pasal dia tapi kami semua tak layan. Nama dia pun saya baru tahu aje baru2 nie. Sebelum merisik tu ada saya tanya adik ceritalah pasal si Shahmy ni - adik cakap dulu adik dok cerita tak dak sapa nak dengar. Iyalah dulukan tak suka, sekarang dah suka naklah ambil tahu hehehe.....

Perasaan adik nak kahwin tu rasa lain sangat. Ibu pun dok sedih aje. Tak sangka yang dia kahwin awal. Tapi kan memang dari dulu pun dia selalu cakap dia nak kahwin muda. Ikut macam kak min.

Persiapan bertunang hampir 70% dah siap. Tak sabar pula nak tunggu hari tu. Macam tak percaya aje... Bila adik dah nak bertunang ni - mak dok susah hati kat kakak pasal kakak tak ada boyfriend lagi. Kakak dok cakap kat mak, tak apa, nanti kakak carilah hehe.....  Pelan2 lah kakak kan? Muda lagi, enjoy dulu. 

Habis dah kot cerita nie - jomlah layan lagi gambar2 masa merisik hari tu :)

p/s :- Kalau Shahmy ada baca blog kak sayang nie jangan pulak jeles gambar Hikeri dan mak tu ya hehe.... Nanti bila2 kita ambil gambar Shahmy dengan mak pulak.

ni bahagian hidang, khas untuk orang2 tua - menu pada hari itu - masak lemak ikan tenggiri, sambal tumis udang, ikan tenggiri & cencaru goreng, sayur campur, budu & ulam2

ni bahagian buffet untuk orang2 muda

Laksa Penang - adik cakap Shahmy suka sangat makan laksa ni walaupun dia orang Kelantan

macam tak percaya adik nak kahwin dah huhuhu....

dari kiri mak, ayah dan Shahmy dan yang tudung purple tu adik ayahnya

adik beradik Shahmy - 7 orang kesemuanya, Shahmy anak yang ke 4 (betul tak eh)



dah habis makan startlah perbincangan tak rasmi

sebelah ibu yang tudung merah tu Maksu si Shahmy - memang baik sangat Maksu tu!

No comments: