Tuesday, January 1, 2013

dihari persandingan Farah part 2

Berakhir sudah cerita pasal hari kenduri @ persandingan Farah.

Saya banyak nak cerita tapi idea nak mengarang tak ada. Dah lama tak update blog so bab karang2 ayat ni makin lemah. Dah lah selama ni pun kurang pandai. Belasah aje ayat yang ada hahaha..... Janji semua orang fahamkan apa yang saya nak sampaikan.

Hari yang selama ni ditunggu2 akhirnya berlalu sudah. Banyak kenangan manis semasa hari bersejarah itu. Bukan pada pengantin aje malah pada kami semua yang terlibat. Rasa beza sangat masa kenduri Qilah dan kenduri Farah ni. Kenduri Qilah dibuat di KL dimana kami semua kurang kenal dengan tetamu2 nya. Kenduri Farah ni dibuat di kampung sendiri. Jadi kebanyakkan tetamu2 yang hadir kami kenal. Jadi rasa seronok tu lainlah sikit. 

Kenduri kali ni memang sibuk sangat. Tak duduk langsung. Asyik sibuk melayan tetamu dan uruskan dessert corner. Lepas selesai majlis tu kaki saya sakit sangat2. Berlagak pakai kasut tinggi - itulah habuan yang saya dapat. Last kenduri kahwin buat kat kampung masa kenduri saya tahun 2000. Dah 12 tahun dah pun! 

Uda sambut menantu sulung so ramai tetamu yang hadir walaupun khabarnya hujan lebat. Saya yang kat dalam dewan tu tak sedar pun hujan ke panas ke. Lega majlis berakhir dengan selamat. Alhamdulilah, selesai sudah majlis yang dinanti2 oleh kami semua.  Rasa lega sangat :)

Penat buat kek tak terasa bila kek2 semua habis. Masa Yan kata cupcakes tu banyak sangat dan takut tak habis saya rasa susah hati jugak. Kek coklat saya tak risau pasal selalunya akan dapat sambutan. Masa kenduri Qilah saya buat 6 biji kek coklat - sekejap aje dah habis. So kali ni saya buat 10 biji. Memang niat saya buat lebih sikit untuk kenduri Farah ni. Kek buah pulak saya buat 10 biji tapi entah apa sebabnya 5 biji saya buat kemudian jadi bantat. Saya rasa pasal saya pakai tepung lain kot. Awalnya saya pakai tepung blue key - 5 biji saya buat ok aje. Ibu dan kakak nak jugak jamu kek yang tak jadi tu tapi saya tak bagi. Nak jaga reputasi kononnya hehehe..... Iyalah malulah kalau orang tahu kek yang tak jadi tu saya yang buat. Kan?Kan?

Alhamdulilah, bila habis tu rasa seronok sangat. Walaupun kurang sedap kek2 yang saya buat tu. Bila habis rasa berbaloilah penat lelah selama nie. 4@5 hari sebelum kenduri saya dah sibuk buat kek. Walaupun penat tapi rasa seronok sangat. Ada kenangan manis dan kenangan pahit :). Manis bila kerja kita dihargai dan pahit bila kerja kita dikatakan sia2 dan tak berfaedah. Iyalah, kek2 nikan umpama selingan aje, tak ada pun tak kisah pasal tak penting. Tapi bagi saya yang penting niat kita. Kek ni termasuk dalam makananlah jugak. Kalau orang makan ada pahalanya buat kita kan? Bukannya kita buat membazir pun - nak jamu orang makan, apa salahnya. Kadang2 tak faham dengan pemikiran cetek sesetengah orang :(

Dahlah tu - tak payahlah nak emo2 pulak kan hehe.... Biasalah manusiakan? Biar ajelah.....

Last sekali - khas untuk mak mertua baru, Uda lah!! hehehe.... Tahniah dapat menantu Uda! Menantu yang selama ni dinanti2kan. Lepas ni Uda boleh lah tidur lena - dah tak payah nak risaukan hal Farah lagi. Seronoklah Uda lepas pencen boleh duduk lama2 kat rumah Farah :)....... Kami pun teringin jugak nak pergi rumah Farah - tunggu cuti sekolah bulan 3 tahun depan, insyaAllah!!!

tiba2 kami 2 beradik di tolak ke tepi - mentang2 lah kami kurang tinggi hehe...

kami orang penting tau!! :)

depa 3 beradik pun sibuk nak amik gambar  ngan pengantin bila kami 2 beradik ambik hehehe...

pengantin dengan Arnie dan Lyn - bilalah Arnie tu nak terbuka hati pakai baju sama2? Hati dia masih terluka agaknya - Arnie, masa kenduri kak sayang pun tak ada baju2 sama macam nie! Janganlah terasa hati lagi!

dengan adik beradik pengantin

doa semoga bahagia hendaknya sampai akhir hayat bukan setakat untuk pengantin aje - untuk semua sekali lah ya :)

kakak tak puas hati pasal tak ada gambar family dia gara2 Abang Lee sibuk buat kerja - Farah! ingat tu! Abg Lee buat kerja sampai demam!

orang yang kurang buat kerja hehehe..... sebenarnya suami saya kalau diajak buat kerja memang tak akan menolak, cuma dia nak cari kerja tu dia tak pandai :)

terima kasih Ina sekeluarga dan Aunty kerana sudi datang -  makin berseri Ina sejak ada baby baru, Aunty pulak memang dari dulu berseri dan bergaya :)

ambil gambar dulu sebelum balik

Laila dan Yati - terima kasih datang ya :)

bersama sepupu belah arwah ayah

kerja last minit - pengantin dah nak datang baru sibuk buat bunga manggar nie ;) - sapa punya kerja tu ya??

No comments: