Tuesday, January 1, 2013

dihari persandingan Farah part 1

Lega rasanya dah sampai ke bab hari persandingan Farah ni. Kalau tak asyik dok tak senang hati tak update dalam blog ni. Bukan apa, kenangan tu yang pentingnya. Mujurlah boleh upload gambar2 - hilang rasa stress kejap.

Kenduri Farah ni dibuat pada 24hb November 2012 (hari Sabtu) di Dewan Perindustrian Arumugam Pillai. Betul ke tak nama dewan tu ya. Hehe... lupa lah pulak. Kalau salah nanti tolong betulkan ya. Tema pada hari  itu ialah biru. Baju yang kami semua pakai tu ditempah. Kain beli sama cuma tailornya asing2. Ikut selera masing2 nak fesyen apa. Saya ikut fesyen macam baju yang Yan pakai masa kenduri Qilah. Kakak pulak ikut fesyen jubah feveret dia. Jarang saya dan kakak pakai baju fesyen yang lain. Masa di kedai tu saya pujuk kakak suruh buat sama macam baju saya tapi kakak tak mau. Kakak pulak pujuk saya ikut fesyen baju dia. Saya memang teringin tengok baju yang Yan pakai masa kenduri Qilah tu so saya tolaklah pujukan kakak tu hehe....

Bila baju saya dah siap semuanya terpegun hehe..... Kakak menyesal tak sudah tak buat sama fesyen dengan saya. Tambah pulak baju dia tu ada yang tak kena. Jahit tak betul mak kata. Anak2 dara pun jeles tengok baju saya hahaha..... Wani, kakak dan adik iya2 cakap kenapa baju depa asyik2 kurung moden aje? Tak apalah wahai sepupu2 ku, kita pakat ramai2 buat fesyen tu masa kenduri adik nanti ya:)

Sebenarnya dalam gambar baju tu tak nampak special mana pun tapi kalau betul2 baju tu kembang ala2 princess hehe... Saya yang kurang kurus ni pakai memang nampak kurang cantiknya. Cuba tengok Lyn - dia buat baju yang sama macam saya cuba bahagian tangan lain sikit. Kan cantik aje dia pakai. Berbeza sangatlah dengan saya nie kan? hehe....Tudung @ selendang yang kami pakai semua tempah kat Arzery.

Hari kenduri @ persandingan ni dalam camera saya memang sikit sangat gambar Farah. Pertamanya saya sibuk sangat melayan tetamu. Kurang sikit perhatian kat pengantin pasal sibukkan? Dan keduanya pasal saya asyik ditolak ketepi oleh cameraman yang pro. Maklumlah pakai camera murahkan? Iyalah, dia tu pakai camera mahal - dah tu memang kerja dia ambil gambar pengantin. Bila saya yang "kecil" nie nak menyelit  terganggulah dia pasal kacau kerja dia. Saya tak salahkan dia pun. Gambar2 yang saya ada nak dikatakan semuanya kelabu pasal ambil dari jauh. Pelamin kan besar - so tak kan saya nak naik atas depan2 ambil gambar pengantin. Over sangatlah pulak kan?

Saya dah "kenen2" kat suami nak camera mahal untuk harijadi saya tahun depan. Maklumlah bloggerkan? Kenalah ada camera yang canggih sikit untuk ambil gambar.

Jom layan gambar2 ni dulu :)

pelamin yang sangat indah

meja makan beradap - tak kurang cantiknya jugak

Awatif dan Balqish yang semakin membesar - dah macam anak dara dah :)

dessert conner

macam-macam ada - laksa Johor lupa pulak nak ambil gambar

cupcakes 850 biji - Alhamdulilah, semua habis, lega sangat2

kek coklat 10 biji, kek buah 5 biji - Alhamdulilah, habis jugak, senang hati tuannya kan? hehe....





kakak menyusun jem2 untuk diberi pada tetamu

abah dan ibu pengantin yang happy dapat menantu

semua tudung @ selendang tu di design oleh Arzery - cantik tak?

saya dan kakak - tudung nilah yang saya tempah dari Arzery - cantik tak? hehe....

sebelum tetamu ramai yang datang - kami bergambar dulu dengan bapa dan ibu pengantin

bersiap sedia nak iring pengantin ke pelamin

flower girls

suami saya jadi driver pengantin pada hari itu hehe...

tiba2 suka sangat gambar nie hehe....

flower girls ke nie?

oleh sebab pakai camera murah, terpaksalah saya snap sebelah-sebelah

pakai camera murah macam ginilah hasilnya!

tengok si Balqish dan Qistina tu - sibuk aje nak toleh ke belakang-panggil2 nama depa pun buat tak tahu aje!

pengantin lelaki asyik senyum aje :)

ibu2 muda? muda sangat ke? hehe...

pengantin tahun 2000 hehehe....

pengantin lama yang sedang mabuk2 - tahniah Qilah!!

acara memotong kek

Maksu dengan jejaka hensem cucu2 Hajah Saodah

lagi ibu2 muda hehehe.....

ramai sungguh anak2 dara Hajah Saodah ya

anak kami lah yang paling segak hehehe.....

bersama hero2 kecil

dah tahu dah giliran sapa lepas nie!!!

bersama family Bidadarindu - insyaAllah, tahun depan bertambah ahli keluarga ya - tahniah Yan!!

No comments: