Thursday, January 17, 2013

cerita di Kelantan

Cerita pasal kenduri Farah dah habis, sekarang nak cerita pasal kisah2 yang terjadi sepanjang kami kat Kelantan. Kami sampai awal sehari sebelum kenduri. Kenduri hari Sabtu, kami sampai hari Jumaat. Saya, kakak dan abang Eky bertolak dari rumah saya pada pagi Jumaat tu. Plan asalnya nak keluar lepas subuh tapi bila dah ramai2 tu faham2 ajelah. Lagipun abang Eky pukul 3 @ 4 pagi baru sampai kat rumah saya. Dari pukul 7 pagi tu berlarut sampai ke pukul 10. Pastu singgah pulak breakfast kat Kerteh, kiranya pukul 12 tengahari baru bertolak ke Kelantan.

Farah, uda, ibu, mak makteh dan family Pak Uda bertolak pada hari yang sama tapi dari kampung. Depa sampai dulu dari kami. Hafiz sewakan homestay untuk kami - 2 buah. Satu untuk family Pak Uda dan satu lagi untuk family kami. Selesa homestay tu - besar. Dalam bandar so senang nak pergi mana2. wakaf Che Yeh ke, Pasar Siti Khadijah ke :)

Sampai2 aje kami kat sana - saya dan kakak plan nak pergi Wakaf Che Yeh. Suami kami dah kibarkan bendera putih hehe.... So ajaklah Faiz pergi. Masing2 boleh bawa kereta tapi malas nak drive malam2 lagipun tak tahu sangat jalan. Mujurlah ada adik! Diakan ada praktikal kat Kelantan sebelum ni - 7 minggu! So banyak jugaklah jalan2 yang dia tau. Kalau dia tak tau pun boleh aje dia cal si buah hati tu :)

Saya tak shopping sangat pun - cuma nak jalan2 aje. Sekurangnya tahu dah lah wakaf Che Yeh tu macamana. Mula tu ingat macam mall macam tu - ni lebih kurang macam uptown aje. Saya kan terlupa nak bawa tudung kuning so terpaksalah beli malam tu jugak untuk pakai kenduri esoknya.

Lepas kenduri Farah kat dewan tu - kami semua pergi Pasar Siti Khadijah. Taklah semua, uda dan mak tak ikut. Uda masih kat dewan, mak pulak duduk kat homestay. Oleh sebab kami dari dewan so tak ada masa nak tukar baju. Pakai aje baju kurung tu - semuakan tema kuning so bila sampai kat Pasar Siti Khadijah tu kami macam jadi tumpuan. Ramai orang yang tegur kami datang dari mana. Sampaikan ada sorang makcik tu tanya kami dari kilang atau pejabat mana hehe.....

Saya tak shopping sangat - adalah beli sikit untuk saya, ibu dan mak mertua. Yang lain2 tu tak sure beli apa. Kalau nak shopping sini disarankan dalam handbag tu ada ribu2, baru seronok :) hehe.....

semua ralit tengok TV

lupa dah samada time ni ralit tengok berita atau drama

bersiap2 nak pergi Wakaf Che Yeh - malam kami sampai Kelantan :)

eh! tetiba gambar ni tak ikut turn hehe.... time ni kat Pasar Siti Khadijah - lepas kenduri aje terus kami "berlari" ke sana tinggalkan mak pengantin dan pengantin kat dewam hehe....

ok - baru betul - masa kat Wakar Che Yeh - walaupun penat pasal baru sampai - tetap jugak kami gagah pergi - suami masing2 tak nak ikut so minta tolong Faiz bawa kereta hehe.... saya cover perut dengan menyendeng kat adik hehe.... tengok perut kakak tu hahaha.....

muka happy aje masing2 pasal dapat pergi Pasar Siti Khadijah :)

ada makcik sorang tanya kami ni kerja ofis @ kilang mana? hehe.....gamaknya semua pakai kuning so orang pun salah anggap kami ni rombongan pekerja hehe... jenuh jugaklah nak menjawap :) mujur orang ingat pekerja kilang @ ofis aje - kalau orang ingat perarakan bersih ke apa ke - tak ke haru kan? hehe....

muka masing2 senyum aje - happy walaupun duit tak ada hehe....walaupun tak banyak yang kami borong - jadilah beli sikit2 - buat kenangan :)
ada ke rupa rombongan pekerja pejabat dan kilang? hehe....
Malam kenduri tu family Hafiz jemput ke rumah untuk makan malam. Lauk pauknya sedap jugak. Taklah manis sangat. Bolehlah makan hehe.... (padahal semua benda makan aje). Yang paling sedap ayam percik dia. Lain sikit dengan ayam percik kita nie!

Sebelum pergi rumah Hafiz saya dah berjanji dengan adik nak bawa dia pergi makan sup belut. Lepas makan kat rumah Hafiz tu rasa macam malas nak pergi dah, lagipun perut dah kenyang. Pastu adik siap merajuk. Dia tak makan nasi langsung masa kat rumah Hafiz tu. Punya lah nak makan sup belut :).  Masa nak keluar tu hujan lebat betul. Memang hampir2 tak jadilah nak keluar - tapikan kesianlah pulak kat dia. Sampai merajukkan? So kena lah bawa jugak. Saya tak pernah makan apa2 masakan yang berasaskan belut ni - amboi! ayat hehe.... Memang tak lalu! Tapi bila try first time rasa macam sedap pulak. Tomyam dia memang sedap. Sup dia pun sedap jugak. Patutlah adik pergi situ tiap2 malam masa dia praktikal tu. Rumah sewa dia kat belakang restoran tu aje. Tukang masak dan pekerja2 tu bukan main baik dengan dia. Adik nie memang peramah orangnya :)

Awatif dan Balqish pun bukan main suka! First time cuba terus jatuh hati. Saya makan taklah banyak sangat - seketul dua macam tu aje. Banyak makan kuah tomyam tu. Sedap :).... Macamanalah berat saya tak naik mendadak, sepanjang bulan 11 dan 12 tahun lepas, makan aje kerjanya. Lepas makan, makan, lepas makan, makan, lepas makan, makan hehe.....

p/s:- adik tu bukan adik anak saya tu ya - banyak nama adik dalam family saya, adik Najwa, adik anak saya, adik Maksu - bila panggil adik aje, nanti adalah 2-3 orang yang menyahut, selalunya antara adik dan adik Najwalah yang paling kerap jadi, bila saya panggil adik, kang dua2 adik pandang ;)

tomyam belut - sedap!!!


Awatif dan Balqish first time makan sup belut terus jatuh hati hehe....

kat rumah Hafiz - senyum :)

amboi! yang kat belakang tu bukan main over senyum :)

ya - saya tau muka saya nampak bulat -memang bulat pun :) ha! nilah adik besar tu...

pengantin 2013
Hari Ahad nak balik dah. Oleh sebab mak kurang sihat dan tak mahu mak letih perjalanan jauh - kami buat keputusan singgah dulu kat Kuala Terengganu. Tidur semalam pastu esok tu baru balik ke rumah saya. Kami check in di Hotel Seri Malaysia.

Dari homestay tu kami singgah kejap kat rumah kawan kakak, Kak Ana. Dia dulu satu sekolah dengan kakak kat KL tu. Tahun yang sama, kakak pindah Semenyih dia pindah Kelantan. Suami isteri orang Kelantan. Walaupun perut dah kenyang tapi bila di jamu laksam kami terus bedal hehe.... Dulu ibu tak suka laksam ni - tapi sekarang suka pulak. Saya dari dulu memang makan, maklumlah, duduk Terengganu ni dah hampir 13 tahun. Semua benda boleh masuk hehe.... 

Sampai Kuala Terengganu terus check in. Mahal jugak harganya, rm170 untuk satu malam. Kalau tak salah dulu harganya dalam rm120 macam tu kan? Lepas check in tu terus bertapa dalam bilik, tak pergi mana2 pun - rehat kat dalam bilik aje. Keluar untuk makan malam aje. Esok tu lepas breakfast terus check out. Singgah untuk bergambar aje. Pasar Payang pun kami tak pergi. Satu sebab letih sangat2 - keduanya pasal duit dah banyak habis :)...... Kalau duit banyak, letih tu tak ada hal lah, nampak duit aje terus semangat naik hehe.....

Sebelum balik rumah saya kami singgah Dungun untuk makan tengahari. Lepas makan pergi satu taman ni untuk bergambar. Tak ingat pulak nama taman tu. Lepas bergambar semua, terus balik!!

Hari Rabu semua balik KL. Kami anak beranak sunyilah balik :(

tengah siap2 nak balik

family Hafiz bawa makanan macam2 - sepanjang duduk kat sana, kami sentiasa dijamu makanan yang sedap2 - terima kasih banyak2 pada Hafiz sekeluarga :)

nak balik dah

amboi! pengantin baru bergurau senda hehe.... :)

kat rumah Kak Ana - kawan kakak

kak Ana hujung dari kiri

senyum :)

kat Dungun - saya makan nasi sup, sedap! semua makanan saya cakap sedapkan? hehe....

mak, ibu dan makteh makan nasi berlauk
makan malam kat Kuala Terengganu

time ni rasa lapar sangat - lama jugak nak tunggu makanan sampai :)




 time ni tepat pukul 12 - matahari elok2 atas kepala - mata nak buka pun tak boleh

dalam bilik hotel - masing2 lapar - pagi2 cari meggi :)

walaupun panas tetap nak bergambar jugak :)

ala!! comelnya muka ibu hehe... :)

Kuala Terengganu

monsoon cup

tengok adik tu - tudung Ummi boleh dia buat macam gitu - mula2 tak perasan - tengok gambar ni baru perasan :)


di Dungun - lepas makan singgah taman ni untuk bergambar - tak ingat nama taman ;)

cantik taman nie..

eh! mana suami saya ;)

HA! ada pun ;) hehe...

si muda dan si tua hehe.....


saya dan kakak

bersama suami masing2 :)

Fatin Zawani binti Zulkifli - siap bagi nama penuh :)

guru dan student :) - tahniah kakak! dah kerja pun dia! bolehlah belanja kak sayang makan lepas nie kan? kan? kan?
kasut saya dan Awatif - dah banyak berjalan, kasut jadi macam gini - abang! nak beli kasut baru!!!!

No comments: