Friday, January 18, 2013

bibik Is dah balik Indon!

Setelah hampir 11 @ 12 tahun bekerja dengan kakak - Christmas tahun lepas bibik Is balik Indon. Kali ni balik terus, tak datang Malaysia dah. Masa mula2 dia datang sini, dia baru bercerai. Suami dia kahwin lain. Kiranya dia datang bekerja disini untuk mulakan hidup baru dia.

Dalam ramai2 bibik yang datang berkerja dengan family saya, dialah yang paling bagus. Yang mana berkerja dengan saya, Nyah dan Mak Teh ada saja perangai depa yang menyakitkan hati kami. Ada yang malas, ada yang buruk makan, ada yang berkawan dengan lelaki dan banyak lagilah perangai buruk yang lain. Bukan nak mengata ya tapi itulah hakikatnya.

Bibik Is ni jauh bezanya, dia memang baik dan rajin. Dia ikhlas berkerja untuk cari duit. Bab kerja dia memang tak berkira. Dengan saya, dia layan sama rata. Kalau duduk di KL tu, baju2 saya dia yang basuh. Aisy pun dia layan sama aje dengan Robin. Bila dia tak berkira dengan kita, kita pun tak berkiralah dengan dia. Setiap kali saya pergi KL mesti saya bagi sikit sumbangan kat dia walaupun tak banyak mana. Time raya pulak adalah jugak saya belikan baju untuk dia.

Bila bibik Is dan balik, mulalah tuan rumah Semenyih tu buat kerja rumah kan? hehe..... Startlah balik sapu sampah, kemas rumah, masak, basuh pinggan dan lain2nya. Mujur ibu ada, banyak jugaklah ibu tolong buat kerja. Ibu kata kerja basuh baju, sidai baju dan lipat baju dah jadi kerja tetap ibu. Anak2 tuan rumah tak bolehlah nak sepah2 kan rumah dah, tambah2 si bongsu tu - HA! padanlah muka kalau lepas ni selalu kena marah dengan Ummi dia hehehe.............

Rasanya yang paling terasa bibik Is balik ibu ngan mak. Dia jaga betul ibu dan mak - tambah2 mak lah. Makan minum mak dia layan tip top punya! Memang puas hati! Mak pun dah anggap dia macam sedara dah. Kalau mak makan apa2, mesti mak ingat dia. Masa dia nak balik tu, mak nangis jugak.

Dia banyak berjasa, bukan pada kakak sekeluarga tapi pada kami semua jugak. Teringat pulak kat dia. Lepas ni kalau pergi KL, tak bolehlah nak goyang kaki dah, kenalah tolong buat kerja sama :)

Bibik Is balik hari Selasa, Khamis petang tu dia dah kahwin dengan bekas suami dia, cepat sungguh hehe.... Sejak 2-3 tahun ni suami dia dok pujuk rujuk balik. Dia ada anak sorang aje. Masa mula2 tu dia bagitahu saya dia tak mau rujuk dengan suami dia tu. Tapi last dia balik bercuti tahun 2011, dia dah mula termakan pujukan suami dia. 

Hasil dari kerja berbelas tahun kat sini, dia dah ada rumah, tanah dan sawah kat sana. Memang senanglah hidup dia lepas nie walaupun dah tak kerja. Semoga rumahtangga dia kali ni berkekalan dan dia lebih bahagia. Saya ikhlas doakan kebahagiaan dia!!

bibik Is dan ibu

tangan ala2 nak bersanding pulak hehe.....

No comments: