Monday, January 21, 2013

balut buku

Setiap kali buka sekolah, kerja yang paling saya mengelak nak buat ialah balut buku. Selalu bertangguh aje sampai nak ke pertengahan tahun. Tahun lepas asyik bertangguh sampai ke sudah buku sekolah anak2 tak berbalut. Nampak sangatlah Ummi pemalas hehe....

Cikgu2 tak kisah kalau tak balut pun pasal beli sendiri. Kalau waktu kita sekolah dulu2, siaplah kena denda kalau tak balut buku. Iyalah, buku pinjamkan so kenalah jaga elok2.

Yang saya malas sangat nak membalut tu bukan apa - banyak sangat buku! Bayangkan ada 13 subjek - 13 buku dah, pastu tak masuk buku exercise lagi. 1 subjek 2 buku. BM, BI dan Math ada 3 buku pasal teks satu jilid 1, teks satu jilid 2 dan satu buku exercise. Kadang2 ada 2 buku exercise. Kiralah sendiri berapa banyak saya nak kena membalut. Mahunya pening kepala dok menghadap benda tu kan?

Tu kalau anak satu - anak 2 macam saya nie? Berpuluh2 buku nak kena balut. Dahlah Ummi tak rajin mana - lagilah kerja dok bertangguh :)

Dengarnya Yan upah Wani, kakak dan adik ya balut buku sekolah Muqri? Legalah kalau macam tu hehe.... Kalau dekat lama dah suruh depa tu tolong balutkan. Kalau buku dapat awal - mahunya courier buku2 tu kat rumah kakak hehe....

Petang tadi saya balut buku sekolah adik. Ini part yang ke 2. Part 1 buat last week. Buat sikit pastu rehat sembahyang Maghrib, ingat nak sambung balik tapi tertidur pulak. Bila dah bangun dah pukul 11 malam. Malas lah pulak nak sambung balik. Esok ajelah, lagipun tinggal 5-6 buah buku aje lagi. Buku2 Awatif saya serahkan kat suami. Kerja bahagi dua, baru adil dan saksama ;)

Tahun ni saya belikan beg besar untuk adik. Dah macam sekolah menengah dah saya tengok. Tahun lepas pun beg besar - senang nak isi buku banyak2 dalam tu. Kalau beg kecil senang sangat nak koyak pasal buku banyak.

Jomlah layan gambar2 yang adik ambil tadi. Lepas ambil gambar saya - dia ambil gambar sendiri, pengaruh dari Umi Jua, Umi Dia, Umi Wani dan Umi Nani hehe...

p/s :- ada tak sape2 lagi yang malas nak balut buku sekolah anak2 macam saya? Hehe....







No comments: