Saturday, January 19, 2013

Al Fatihah

Tadi ibu cal bagitahu mak Shahmy (bakal mak mertua adik) meninggal malam tadi.

Sejak tahu berita tu tadi saya asyik terbayang-bayang aje arwah. Dia ada penyakit cancer. Masa kami melawat dia kat Kelantan tahun lepas nampak dia ok aje. Masa datang merisik tu pun nampak ok walaupun dia lemah aje. Dia yang nak sangat adik dan Shahmy kahwin cepat2. Kalau ikutkan dia time merisik tu nak bertunang terus.

Tak sangka dia pergi dengan begitu cepat. Kuasa Tuhan! Tak sempatlah dia nak tengok Shahmy dan adik bertunang dan kahwin. Plan nak bertunang raya cina ni tak tahulah jadi ke tidak. Keluarga saya ikut aje apa keputusan mereka. Kalau jadi, jadilah, kalau nak tangguh pun tak apa.

Saya rasa sedih bila fikirkan dia - teringat kebaikan dan keramahan dia. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Al Fatihah..

Saya ada keinginan nak pergi tengok tapi keadaan tak mengizinkan. Abang Lee, Kakak, ibu, Mak Teh, adik dan Wani akan bertolak dari KL awal pagi esok. Tak singgah rumah saya dah pasal ikut jalan Gua Musang. Semoga perjalanan mereka selamat pergi dan balik, Amin!

Salam takziah dari kak sayang sekeluarga buat Shahmy dan keluarga. Harap Shahmy tabah ya! Buat adik pulak, walaupun belum jadi mak mertua tapi mesti terasa jugak kehilangan tu pasal dia memang baik. Sabarlah ya, doakan Al Fatihah banyak2.....

p/s - teringat last jumpa dia masa merisik tu, begitu ceria bila bincang pasal pertunangan adik dan Shahmy....

No comments: