Monday, December 31, 2012

hari pernikahan Farah part 2

Ini lagi sebahagian gambar2 yang dapat saya ambil dihari pernikahan Farah. Sepatutnya tema hari nikah Farah ni - jubah hitam. Yan yang bagi idea suruh pakai jubah yang Arzery jual ni. Temanya ceria! Tak kisahlah caler apa2 pun janji jubah yang sama. Saya dan kakak memang dah sama kerana kebanyakkan baju kami memang sama. Kebetulan Yan dan Lyn pun beli caler yang sama. Kemudiannya Mak Cik Ina dan Hana pun sama. So kami berenam ber"oren" lah pada hari tu hehe.... Untuk mak2 pulak memang dah janji beli caler sama - purple cair.

Jubah ni kain cotton. Memang sangat selesa pakai. Saya sendiri beli 5 pasang dah. Ingat nak beli semua caler hehe.... Baru2 ni jiran dan kawan2 ramai yang tanya bila tengok saya pakai. So saya pun ambil peluang jual dekat kawan2. Sambil tu boleh jugak tolong Arzery berniaga. Arzery dah berhenti kerja untuk tumpukan sepenuh perhatian pada bisnes tudung dan baju. Mula tu rasa macam sayang jugak - iyalah belajar tinggi2 pastu kerja pulak ditempat yang bagus, alih2 dengar dia berhenti kerja. Saya terkejut betul - seminggu dok fikir pasal dia sambil nak tidur pun teringat dia.

Tapi sekarang dah rasa ok sikit bila dia bagitahu pulangan dari bisnes ni boleh cover gaji sebulan dia. Alhamdulilah. Harap sangat bisnes dia semakin maju. Kalau nak buat bisnes ni paling penting tempat yang strategik. Sekarang ni ramai sangat saingan dalam bisnes tudung - melambak dah orang jual. Macam2 nama dan jenis. Tudung2 yang dia jual semuanya dia reka dan design sendiri. Kain2 pun dia beli sendiri. Semua kain tudung dia jenis yang berkualiti pasal dia hanya beli di Gulatis. Tudung yang saya pakai masa hari persandingan Farah adalah design dia dan Huda.  Kalau ada sesiapa nak order tudung bolehlah contact saya ya hehehe.... Bukan apa, nak tolong saudara!! Kalau nak labuh mana, jenis kain mana - semua dia boleh buat!

Ok, stop promote jap - kita layan dulu sebahagian lagi gambar2 masa hari pernikahan Farah :)


























No comments: