Monday, December 31, 2012

hari pernikahan Farah part 1

Hari yang ditunggu2!!! Alhamdulilah, selamatlah sudah Farah bergelar isteri pada 23hb November 2012 setelah melalui pelbagai dugaan. Memang tak disangkal lagi ajal dan maut di tangan Tuhan. Dia Maha Mengetahui segalanya. 

Setelah puas berduka, Allah pertemukan dia dengan lelaki yang baik. Lelaki yang benar2 ikhlas menyayangi dan memilih dia untuk menjadi pasangan hidup hingga ke akhir hayat. Benarlah kata orang, setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. 

Selamat Pengantin Baru buat Farah dan Hafiz  (walaupun dah lepas 2 bulan hehe...). Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke Jannah. Buat Hafiz, jagalah Farah baik2. Dia permata hati kami sekeluarga. Terimalah segala kekurangan dia. Berilah masa untuk dia dalam menempuh fasa baru sebagai seorang isteri. 

Dan buat Farah pulak, dah tak boleh nak malas2 macam anak dara dulu. Kalau dulu bolehlah nak bangun tengahari kan? Tapi sekarang agak2 lah ya hehe... Jaga rumahtangga elok2. Paling penting dalam rumahtangga ialah tolak ansur. Terima juga kekurangan dia, insyaAllah, rumahtangga pasti bahagia!

Banyak lagi gambar sebenarnya. Sebelum saya upload lagi gambar selebihnya, jomlah layan dulu gambar2 kat bawah nie :)

pengantin lelaki kena interview dulu sebelum nikah



para jelitawan hehehe...

ibu, Lang, kakak dan Makteh

debaran seorang isteri







Pak Uda yang nikahkan sendiri

saat yang dinanti2kan...









Farah nikah di masjid di Sg Kecil Ilir

Masjid yang sentiasa dihati :) - teringat masa kecil dulu belajar mengaji disini

khemah di rumah

menu pada hari nikah tu gulai ikan kering lagi apa ya - terlupa pulak!!

rombongan pengantin lelaki bergambar sebelum masuk rumah

hantaran dari pihak lelaki





















No comments: