Tuesday, November 6, 2012

kalau hati sudah berubah :(

Sejak kebelakangan ni fikiran saya agak buntu. Nak cerita tapi tak tahu nak bermula dimana.

Semua orang ada masalah tak kiralah besar atau kecil. Rasanya tak pernah saya jumpa orang yang tak pernah ada masalah langsung dalam hidup dia. Yang membezakan seseorang itu adalah bagaimana cara dia mengatasi sesuatu masalah itu.

Saya nak berkongsi masalah seseorang yang saya kenal. Mereka berkahwin kerana saling jatuh cinta. Cinta yang amat kuat dan mendalam. Tapi sayangnya setelah berbelas tahun hidup bersama, cinta itu makin pudar. Lebih malangnya lagi si suami sudah berubah hati. Hatinya kini milik perempuan lain.

Tak guna memaksa lagi. Walau isteri masih menyayangi suami tapi si suami sudah tiada perasaan bagaimana nak hidup bahagia? Mulanya saya rasa sayangnya rumahtangga yang dibina atas dasar cinta itu berakhir begitu saja tapi apa gunanya kalau hidup bersama tetapi terus-terusan melukakan hati masing2?

Saya sebenarnya takut - rumahtangga saya pun belum tentu kekal bahagianya. Kita tak tahu apa akan berlaku esok hari. Hati kalau nak berubah tak bagi amaran atau tanda. Kalau nak berubah cepat aje, tanpa ada alasan pun. 

Baru2 ni suami ada bagitahu saya - pasangan yang putus hubungan selalunya membuat alasan, kononnya nak putus kerana si isteri atau si suami seorang yang malas atau sebagainya tetapi yang betulnya hati masing2 dah berubah. Amat payah kalau nak bersama balik kalau hati dah berubah. Tambah2 kalau sudah ada pengganti.

Saya amat jarang berbincang dengan suami pasal bab nie. Entahlah kenapa tapi bab ni amat sensitif saya rasa. Takut pun ada sebenarnya. Saya nak tanya dia kalau2 nanti hati dia berubah macamana? Iyalahkan? Sedangkan orang yang bercinta sakan pun boleh berubah hati. Tapi kan soalan tu tak mampu saya tanya hehe.... Rasa fobia pulak! Kalau saya yang berubah hati macamana pulak ya? Minta dijauhkanlah semua2 tu ya - moga Tuhan terus kuatkan hati kami dan ikatkan hati kami agar kami terus hidup bahagia bersama hingga akhir hayat, Amin!! Doa itu untuk kamu jugak ya :)

Saya berharap kemelut yang melanda orang yang saya kenal itu akan berakhir tanpa dia terus terseksa. Saya amat memahami apa yang dia rasa. Dan saya juga tahu betapa sakitnya derita yang dia tanggung sekarang. Apa juga keputusan yang dia ambil saya akan terus menyokong. Samada berpisah atau terus bersama itu keputusan dia yang harus saya hormat. Itu adalah hidup dia, tak ada sesiapa pun yang boleh memaksa dia. Dan dia harus tahu keluarga sentiasa ada dibelakangnya!

p/s:- kenapa masalah ini selalu terjadi pada orang2 yang saya kenal - tak cukupkah penderitaan yang saya alami dulu hinggakan berlarutan pada orang2 yang saya sayang - susah sangatkah seorang lelaki nak setia pada yang satu? kenapa nak menyeksa orang yang dulunya kita sayang? Sesungguhnya itu adalah rancanganNya - Ya Allah! aku berserah segala-galanya kepada Mu....



1 comment:

bidadarindu said...

"Abah sayang Ummi,Abang & Cinta Kerana ALLAH.."