Saturday, November 3, 2012

aktiviti hari ini

Semalam pukul 12 lebih abang Eky anak beranak sampai rumah saya. Depa datang Terengganu kerana sepupu Lyn kahwin dengan orang Kijal. Dari rumah saya ke rumah pengantin lebih kurang dalam 20 minit. Kendurinya hari ini. 

Adik happy bukan main bila dapat tahu abang anak beranak nak datang. Dari pagi sibuk tanya bila Uncle Eky nak sampai. Oleh sebab si Lyn tu kerja so pukul 6 petang baru depa bertolak dari KL. Dia konvoi dengan abang2 nya. Mulanya abang2 (2 family) dia pun nak datang tidur rumah saya tapi last minit tak jadi - segan katanya. So depa tidur kat chalet kat Cherating. Abang anak beranak tidur di rumah saya. Dari Cherating ke rumah saya dalam 15 - 20 minit aje.

Abang sampai rumah saya dalam pukul 12 tengah malam. Time tu saya memang tak tidur lagi. Bila abang sampai, borak2 kejap, pukul 1 lebih baru tidur. Pagi ni cadangnya nak goreng bihun untuk breakfast tapi Lyn bagitahu mak dia cal suruh datang awal sikit pasal nak berarak ke rumah pengantin dalam pukul 12 tengahari. Time tu saya baru nak suruh suami pergi pasar - so takut tak sempat masak, suami beli nasi lemak dan nasi kerabu aje. Lepas breakfast terus siap2 ke homestay dulu (tempat adik beradik yang lain berkumpul).

Temanya biru - so saya pun menyibuk pakai baju biru jugak hehe.... Tumpang sekaki majlis kahwin orang! Tak sabar pulak tunggu kenduri kahwin Farah. Kenduri Farah pun temanya biru jugak. Baju2 semua dah beli - cuma untuk boys kecil aje tak beli lagi.

Malam ni abang tak tidur rumah saya - depa tidur di chalet yang adik beradik Lyn tidur. Katanya nak makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur ramai2.  Abang ajak saya tadi tapi saya segan nak join. Dahlah tadi menyibuk sama ngan kenduri tu - ni nak menyibuk pulak family orang nak pergi makan2 hehe.... Esok saya nak bawa abang pergi makan satar dan tunjuk kedai keropok lekor yang mana sedap. Esok depa nak bertolak balik KL dah. 

Tadi kat rumah kenduri anak abang Lyn terjatuh, kepala kena bucu tangga. Lukanya teruk juga. Darah banyak sangat. Lyn kata nampak macam berlubang. Saya nampak budak tu bila ayahnya dukung. Memang nampak darah banyak sangat. Bergegas abang Lyn bawa anaknya pergi Klinik. Time tu tengahari, banyak klinik tutup. Sampai ke Kerteh cari Klinik, mujur ada satu Klinik tu yang buka. Saya pergi Klinik tu untuk tengok keadaannya, mujur tak serius sangat tapi kena berjahit jugaklah. Jatuhnya sikit aje tapi pasal kepala kena bucu tangga, itu yang luka tu.

Jomlah layan gambar2 yang sempat saya ambil tadi :)

anak2 suka betul dapat jumpa anak2 abang

bersama dengan Aqeel - geram betul ngan dia, cakap pandai tapi pelat ngan gagap hehe....

bersama dengan Lyn

abang anak beranak

alamak! Aleef terpejam mata pulak - rambut masing2 terpacak hehe....

Ummi & Walid pulak bergambar

Awatif dan Areej Qistina

bergambar kat luar rumah pulak

peace :)

abang anak beranak

abaikan lantai yang kotor itu hehe.... lama tak basuh, tak kuasa - malas :)

bergambar bersama pengantin - pengantin perempuan tu sepupu Lyn

time ni terlupa nak ajak suami sekali bergambar

bergambar dengan mak Lyn

abang dan suami

saya yang menyibuk di majlis kahwin orang hehehe.....

temanya biru so saya anak beranak pun sibuk sama nak pakai baju biru hehe...

No comments: