Sunday, October 14, 2012

Majlis Sekalung Budi


Hari ini office suami ada buat majlis meraikan staff2 nya sempena 15, 20 & 25 tahun perkhidmatan mereka. Semalam kami anak beranak dah pergi Kuantan ikut suami yang kena buat rehersal. Sepatutnya plan kami tidur sana malam semalam tapi memandangkan anak2 ada exam hari ini maka terpaksalah balik rumah lepas suami habis rehersalnya. Semua staff di beri bilik untuk 2 malam iaitu untuk semalam dan malam ini. Kalau anak2 tak ada exam, bolehlah jugak duduk rehat2 kat hotel kan? Tak payah fikir nak kemas rumah ke, nak masak ke kan? Hehe....

Semalam sehari jugak kami kat bilik hotel tu. Dari tengahari ke malam. Tapi yang bestnya hotel tu betul2 depan shopping mall jadi tak heran sangat kalau suami sibuk pun. Sempatlah jugak saya dan anak2 jalan2 sambil shopping kat situ. Tak ada lah shopping banyak pun, beli barang sikit2 untuk anak2 aje.

Sebelum balik kami singgah kedai pengantin kejap. Suami nak cari kot untuk pakai hari ini. Mulanya suami nak beli. 2 minggu sebelum majlis ni  kami sibuk cari kot - tapi harga kot mahal2. Paling murah pun rm600.  Terasa sayang pulak nak beli semata2 untuk majlis ni. Lagi 5 tahun pulak nak pakai. Kalau hari2 nak kena pakai taklah rasa sayang sangat nak beli.

So saya cadangkan pada suami untuk sewa aje kot kat kedai pengantin cina. Mulanya suami tak nak pakai bila dia dengar ramai kawan2 nya tak pakai. Tapi bila semalam register kat hotel, saya tengok ramai yang datang bawa kot masing2. Saya cakap kat suami dia kena cari jugak kot pasal ramai yang bawa. Panik jugak semalam pasal takut tak sempat nak cari. Time tu dah malam. Dapat kot tu pun last minit semalam. Mujur jumpa jugak kedai pengantin tu setelah puas melilau kat bandar Kuantan. Dalam kereta tu mulut saya mulalah dok mengomel hehe..... Biasalah kan isteri yang lebih walaupun bukan saya yang nak ambil anugerah tu hehe..... Kalau saya yang nak kena pakai kot no problem! Dalam almari tu penuh kot saya waktu kerja dulu! hehe..... Saya nak pakai kot suami saya kata nanti orang ingat saya yang nak ambik anugerah tu hehe...So saya pakai aje lah baju batik lama saya tu. Mulanya over - ingat nak beli baju baru mengalahkan orang yang nak ambil anugerah tapi bila fikir balik saya nie jarang pakai baju kurung. Sayang aje kalau beli tak pakaikan? Setakat nak pakai sekali dua tak payahlah nak bazirkan duit. Baju batik yang saya pakai nie baru pakai 3 kali termasuk yang ini.

Ok, sambung pasal kot tu - akhirnya berjaga jugak dapat sewa. Satu tu aje yang ada, muat2 untuk suami. Yang lain2 tu tak sesuai.  Sewanya rm100. Rasa macam mahal pasal pakai sekali aje pun, lagipun pakai tak sampai 2 jam. Tapi dah terdesak sangat terpaksalah ambil jugak. Anak2 beriya2 suka bila suami pakai kot hehe.... Awatif berkali2 minta saya ambil gambar suami pakai kot pasal pagi tadi dia tak sempat nak tengok. Iyalah, tak pernah tengok kan? Kalau ada pun gambar masa kahwin dulu2 tu lah. Ambil gambar pengantin kat kedai cina kat Sungai Bakap tu. Time tu Walid hensemlah sikit pasal kurus hehe..... Walid pergi kerja selalunya pakai tshirt aje. Jarang2 sangat nak tengok Walid pakai kemeja.

Hari ini anak2 pergi sekolah dengan Kak Ina. Minta tolong Kak Ina jagakan anak2 kejap. Selesai majlis tu kami terus balik rumah. Sebelum pukul 3 dah sampai rumah, jadi tak adalah lama sangat anak2 ada kat rumah Kak Ina. Hari ini start exam so pukul 2.30 anak2 dah balik.





anak2 hepi semacam bila masuk bilik - macam tak pernah duduk hotel gayanya budak2 nie!

rehat kat dalam bilik sementara Walid rehersal

hehe... konon2 nya nak romantik lah :)












dari jauh - suami ambik anugerah



artis jemputan - Adibah Noor

artis jemputan - M.Nasir

aksi perasan hehe....




suami 15 tahun bekerja
p/s:- banyak lagi nak cerita pasal majlis ni - esok2 lah sambung, nak tengokkan anak2 tu, esok exam Matematik, tak tahulah macamana!

No comments: