Wednesday, October 31, 2012

Happy birthday ibu!!! entry ke2

Walaupun dah banyak hari berlalu tapi saya tetap nak wish jugak! Hari sabtu lepas terlupa langsung nak wish walaupun hari jumaat dah celebrate. Hari sabtu lepas kami pergi Nilai - cari barang2 untuk kenduri Farah. Pastu ingat nak cari barang2 deko English saya tapi frustnya banyak kedai yang tutup pasal raya!

Hadiah ibu saya dah beli hari Khamis tu. Saya beli handbag - suruh ibu pilih yang mana ibu berkenan. Mula2 ibu belikan handbag kat mak. Pastu ibu pilih pulak handbag untuk ibu. Tak sempat nak ambik gambar handbag tu. Kelam kabut sangat - lepas balik shopping tu terus sibuk masak untuk raya.

Happy belated birthday ibu! Semoga ibu sentiasa diberi kesihatan yang baik. Dan sayang sayang sangat2 kat ibu :)

p/s : baju yang ibu pakai tu Lang yang hadiahkan dan tudung pulak hadiah dari Arzery (time nak bayar tiba2 Arzery cakap tak payah bayar - besday present - thanks ya - tahun depan kalau boleh nak lagi hehe....)

No comments: