Wednesday, October 31, 2012

cerita raya haji @ besday ibu & adik

Tak sempat nak buat entry special untuk adik sempena birthday dia yang ke 8 tahun hari Khamis lepas (25hb). Masa tu saya di KL. Sibuk dengan persiapan raya dan majlis besday adik & ibu pada raya haji tu.

Seminggu sebelum raya saya dah plan dengan kakak. Dah minta kakak tempah awal2 ice-cream kek kat baskin robbin. Satu untuk adik dan satu untuk ibu. Besday adik 25hb, besday ibu 27hb, raya 26hb so adillah buat tengah2 hehe..... Hari Rabu kot tiba2 dapat sms dari kakak yang nak join sekali sambut besday Robin. Besday Robin 20hb 11 - amboi! awalnya nak sambut hehe... Tapi tak apa, tak kisah, yang penting happy dapat celebrate sama2 dengan family :)

Menu untuk raya biasalah ketupat, lemang, nasi impit, rendang dan gulai daging. Menu untuk majlis harijadi laksa penang dan bihun goreng singapore. Untuk kek saya buat kek karamel 3 biji dan puding roti berkuah kastard 4 biji. Seperti biasalah, pukul 4 @ 5 pagi baru boleh tidur. Kaki saya sakit sampai sekarang pasal masa buat kek2 tu semua kena berdiri. Kaki belah kiri bengkak dan sakit. Hari ini baru rasa kurang sikit, kalau tidak nak jalan susah! Selalunya buat kek lebih pada 3 biji tak jadi apa2 pun tapi kali ni jadi sakit pulak. Mungkin pasal hari Rabu tu baru sampai KL, pastu hari Khamis tu keluar, hari Jumaat raya sibuk layan tetamu, hari Sabtu pergi Nilai pulak, mungkin pasal tu kot kaki mogok, iya tak?

Gambar banyak yang tak sempat diambil pasal rasa letih sangat. Gambar tetamu yang datang pun tak banyak. Lagipun ramai tetamu yang datang lambat. Majlis start pukul 5 petang tapi ada yang tengah malam baru sampai hehe..... Tapi tak apa, janji datang sudahlah ya!! Nak bagitahu kat sini, tetamu2 yang dijemput bukanlah orang luar, sedara, sepupu sepapat aje pun hehe.....

Ice cream cake baskin robbin ni adik yang nak sangat. Siap cakap nak ice cream oreo. Ummi nak buatkan kek dia tak nak. Mentang2 lah Ummi bukan pro ya! Oleh sebab kek tu sikit aje so merasalah sorang sikit aje hehe... Nak beli yang besar adoi! harganya boleh tahan!!! Untuk ibu, saya dan kakak pilih ice cream coklat pasal ibu memang suka coklat. Comel aje kek ibu hehe.... 

Rasanya inilah last beli take away kek jenis2 macam nie pasal cepat cair. Tak sempat buat apa2 pun. Masa nak ambil gambar kelam kabut dibuatnya pasal kek dah cair. Tak sempat nak ambil gambar adik dengan kek banyak2.

Untuk adik - rasanya belum terlambat Ummi nak ucapkan Happy Birthday. Moga anak boy Ummi ni akan jadi orang yang berguna dunia dan akhirat.  Dan semoga cepat sembuh ya (dia demam dari raya haji aritu lagi, dah 3 hari tak pergi sekolah). Hadiah dah dapat so jangan lupa janji adik ya :)

kek adik - oreo ice cream cake

kek ibu - say u love me - vanila cake dan chocolate ice cream - nampak dah cair sikit dah tu!

cepat2 ambil gambar adik dengan kek pasal kek dah nak cair - ini aje gambar yang ada!

adik dan Robin

adik dan Ummi - sila abaikan muka Ummi yang tak bermake-up itu hehe... nak pakai bedak pun rasa tak larat sangat!

kami 3 beranak - pakai baju sama - baru beli sehari sebelum raya hehe...

alahai! muka :) - rasa menyesal pulak tak pakai bedak dan gincu sikit hehe....

Lyn dan anak2 Pak Long dari Alor Setar datang beraya rumah kakak

puding roti berkuah kastard - yang kuahnya tu tak sempat nak ambil gambar - saya buat 4 biji - hari raya tu habis 3 biji :) - memang sedap, lain kali boleh buat lagi!

menu laksa penang dan bihun goreng

bihun goreng laku betul - kejap aje habis - mungkin pasal dah jemu makan ketupat, lemang dan rendang!

gula2

kat outlet Arzery di Tawakal Hospital

baju raya kami tu beli di sinilah :) - habis adik beradik pakat borong baju tu - nak tolong adik beradik berniaga la katakan hehe...

moga bisnes Arzery ni maju la hendaknya, Amin!!

No comments: