Thursday, October 11, 2012

cerita diet dan mangga

Sekarang ni saya tengah berdiet (kononnya lah hehe...). Setiap pagi makan sebiji mangga untuk breakfast. Malam pun macam tu. Kalau lah macam ni sebulan mahu jugak kuruskan? Tapi tak tahulah samada saya ni boleh tahan ke tidak hehe....

Kalau nak beli mahunya 2-3 kilo untuk seminggu. Jenuh jugaklah. Mujurlah ada pokok sendirikan?

Mangga ni tak boleh biar masak kat pokok. Agak2 nampak kuning sikit kena terus petik. Pastu peram aje biar dia masak betul. Kalau biar masak kat pokok nanti busuk. Kat luar nampak elok aje tapi kat dalam ada ulat. Tiap2 petang saya akan petik 2-3 biji. Tapi tadi banyak juga saya petik pasal dah 2 hari tak petik pasal sibuk.

p/s: tak tahulah sempat ke tidak nak bawa buah mangga ke KL nanti hehe...

p/s : perasan macam dah kurus sikit tapi bila timbang hasilnya amat mengecewakan hehe...Dalam gambar pun langsung tak nampak kurus, agak2 kenduri Farah nanti boleh tak kurus macam Erra Fazira ya hehe...

2 comments:

bidadarindu said...

erra fazira??he he...erra fazira dalam citer cinta kolesterol..he he..
rasanya dah lima kali raya dengar nak kurus cam erra fazira tu...hu hu...

Hafidzin said...

Hehe....susah sgt nak kurus walau x makan& berdiet ;)