Thursday, September 20, 2012

terjalinnya satu ikatan part 1

Ambil masa sungguh nak update blog pasal Farah tunang nie. Kadang tu tak ada masa. Bila ada masa, idea pulak tak ada. Gambar pulak banyak sangat2, jenuh nak pilih yang mana satu - dah kerana semuanya nak letak dalam blog nie maka kenalah buat part2. Kali ni cerita yang basic dulu. Yang lain2 tu akan menyusul kemudian.

Alhamdulilah, selamat sudah majlis pertunangan Farah yang dilangsungkan pada hari raya ke 7 yang lepas. Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya Farah bertemu lelaki yang baik. Lelaki yang benar2 menyayangi dan menerima dia seadanya. Kadang2 macam tu lah hidup kita. Tuhan nak duga - biar kita susah dulu, lepas2 tu baru kita terima kemanisannya.

Perjalanan hidup Farah dengan saya lebih kurang sama. Nak capai kebahagiaan tu lambat sikit. Nak kena lalui jalan yang berliku2. Sesetengah orang tu perjalanan hidup dia lancar aje. Macamlah Kakak dan Yan kan? Hehe.... Tuhan nak bagi depa jumpa Mr Right sekali aje lepas tu terus ok. Tak macam saya dan Farah yang kena berjumpa dengan beberapa orang barulah sesuai dan lekat. Hehe.....

Pertunangan Farah ni buatkan semua family rasa happy. Kami semua tumpang gembira. Serius! Harapan dan doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah Farah!

Tunang Farah ni orang Kelantan. Inspector Polis di Penang. Tengok dalam gambar macam tak hensem sangat tapi tengok depan2, hensem! - memang sepadan dengan Farah. InsyaAllah, depa akan bernikah pada 24hb 11 ni. Sekarang nie dalam hati masing2 dok menghitung hari :) - bukan kata bakal pengantin - bakal mak pengantin pun sama. Maklumlah nak terima menantu sulung kan?





















p/s:- tak tahu kenapa dalam gambar nampak saya gemuk sangat!! luaran dia tak segemuk tu ya hehe..

1 comment:

farah said...

owh so sweet entry ni..x prasan pon bila k'sayang post.terharu plak baca part kisah cinta kita yg sama..alhamdulillah semua dah ok..tengkiu for the special entry nih!