Friday, September 28, 2012

sambung balik cerita raya - tetamu datang rumah

Walaupun raya dah lama abis, tapi masih banyak lagi ceritanya nak sharekan kat sini.

Tahun ni saya tak buat open house pun. Sebab pertamanya rasa tak sihat lepas balik dari kampung tu dan keduanya rasa malas yang amat sangat. Selama pindah sini, tiap2 tahun saya buat open house. Tahun ni sejarah lah pasal tak buat hehe.... Ada juga 3-4 orang kawan2 yang bertanya. Saya cakap memang tahun ni tak buat open house tapi kalau nak datang beraya bila2 masa saya terima.

Tetamu pertama saya ialah Leen. Dia jiran lama masa duduk Kerteh dulu. Rumah dia betul2 belakang rumah saya. Bila teringat balik masa duduk Kerteh dulu rasa best aje. Leen singgah di rumah saya masa dia dalam perjalanan nak balik ke KL dari Kuala Terengganu. Suaminya orang Kuala Terengganu dan dia pulak orang Perlis. Bila kawin ngan orang jauh macam tu lah ya. Dalam masa 7 hari tu kena bahagi2 kan hari. Letih juga kan? Tapi tak apalah, nak buat macamana. Dah jodoh, janji hidup mereka suami isteri bahagiakan kan? Yang pentingnya masing2 kena bertolak ansur.

Ok, sambung balik cerita, oleh sebab dia sampai rumah saya waktu lunch time, so saya masak aje nasi dan lauk2 yang simple aje. Dia datang hari Isnin, malam sebelum tu saya baru sampai dari kampung. Tak sempat nak cari ikan untuk masak esok tu. Yang ada ayam aje. So masak ayam ajelah. Ayam masak merah dan sup suun pucuk. Itu aje yang ada pasal saya baru sampai dari kampung kan? Kesian jugak tapi oklah tu kan? Leen pun tak kisah pasal dia faham. 

Tetamu kedua ok, cerita ni panjang sikit hehe.... Awatif nak panggil kawan2 dia datang rumah beraya. Saya tanya berapa, dia kata kalau boleh ramailah. Saya cakap ok, tak ada masalah. Cuma kena confirm berapa orang. Last2 dia cakap yang nak datang dalam 5 orang aje. Pastu bila dah confirm tu saya panggil lah jiran2 saya yang dekat2 nie. Dah alang2 buat makan tu panggillah orang yang dekat2 kan? Pastu tiba2 saya teringat kawan2 saya kat Kerteh. Memang teringat sangat pasal lama betul saya tak jumpa. Setiap kali pergi Kerteh tak ada peluang nak jumpa depa. Kebetulan pulak si Lina kata dia nak datang rumah. So saya jemputlah sekali 2-3 orang yang rapat.

Asalnya saya jemput lepas Asar tapi oleh sebab ada hal, kawan2 dari Kerteh datang sebelum Zohor. Saya tak kisah sangat pasal semua makanan saya dah masak malam sebelum tu. Cuma kelam kabut sikit lah kemas rumah last minute hehe.... Saya masak bihun sup utara, rendang ayam makan dengan ketupat yang saya tempah dan nasi impit dan kuah kacang. Pastu buat kek coklat dan kek lapis keju koko. Mula tu ada hati nak buat kek buah dan cupcakes pasal nak habiskan bahan2 yang beli masa raya tu tapi bila dah malam rasa tak terdaya sangat. Tak nak paksa diri sangat takut nanti esok tu tak terbangun pulak.

Semua tu saya masak sendiri dari petang sebelumnya. Walaupun sikit tapi penatnya bukan main!! Aritu dah iya2 cakap kalau nak buat makan2 tempah aje, tak larat dah nak masak. Lagipun saya masak bukannya sedap sangat pun hehe.... Tapi kali ni termasak jugak. Ingat masak sikit tak penat, rupanya sama aje. Sikit ke, banyak ke, tak ada beza pun pasal yang nak buat tu saya sorang aje. Kalau ada assistant tu lain ceritalah ya :)

Yang prihatin saya sibuk2 masak tu anak boy saya tu aje hehe... Dia aje yang rasa kesian kat Ummi. Dia cakap kesian Ummi kena masak sorang2, kalau ada bibik kan senang? Kalau Tok datang semalam bolehlah tolong Ummi masak. Ibu, Mak Teh dan adik Najwa sampai rumah saya malam tu lah (yang nak hantar adik pergi Kelantan). Pandai sungguh anak Ummi ambil hati Ummi kan?

Dari Kerteh yang datangnya cuma Asma dan Lina. Puas jugaklah dapat jumpa dengan depa. Sembang lama sikit pasal suami Asma tak ikut dan suami Lina pulak pergi sembahyang Jumaat. Ada banyak masa lah kami sembang dan bergossip hehe....

Lepas depa dah balik, petang tu jiran2 pulak datang. Kawan2 Awatif pun awal datang pasal Awatif cakap majlis mula pukul 11. Dia tersilap dengar, Ummi cakap petang pukul 5. Tetamu last balik pukul 7. Lepas Aini balik tu terus saya masuk bilik baring2 atas katil. Rasa letih yang amat sangat. Letihnya tu sama macam buat open house besar2 jugak.

Tetamu last Kak Liza sekeluarga. Yang ni pun ada ceritanya. Kak Liza nak datang masa saya buat makan2 panggil kawan2 dari Kerteh tu. Tapi Kak Liza kena pergi Johor hari tu. Kak Liza ni pun jiran saya dulu masa di Kerteh. Kak Liza ni dah berjalan satu dunia dah - ikut suami dia kerja. Dia baru balik dari Afrika aje. Duduk kat sana berapa tahun ntah. Dia sekeluarga baru pindah duduk Kuantan dalam 5-6 bulan lepas kot. Suami dia dulu belajar sekali ngan suami saya di US. Bila isteri masing2 kenal, si isteri2 lebih rapat dari si suami2 padahal baru aje kenal time tu hehe... Sekarang ni suami Kak Liza dapat pindah sama tempat kerja dengan suami. Kiranya satu ofis lah cuma berlainan department dan pangkat.

Ok, sambung balik - suami saya jumpa suami Kak Liza kat ofis pastu suami dia bagitahu nak datang rumah awal dalam pukul 9 pagi. Kak Liza dah cakap sebelum tu nak makan laksa. So saya plan nak buat laksa aje. Tapi hari tu puas cari ikan sardin tak ada. Ingat depa nak mai pagi so tak sempatlah nak beli ikan pagi tu. Saya tak tahu dah nak masak apa pasal awal2 pagi kan? Saya masak ajelah rendang ayam dan tempah ketupat lagi. Ingat breakfast itu yang masak simple2 tu.

Tapi bila dah pukul 10 Kak Liza tak sampai lagi. Bila sms Kak Liza kata lambat sikit nak datang. Saya dah siap hidang ketupat semua kat atas meja. Anak2 pulak hari tu bukan main makan ketupat sampai saya kena larang. Takut tak cukup padahal saya tempah tu dalam 50 biji. Nak tempah 100 biji takut tak habis pulak. Bila tengok anak2 makan jadi takut pulak nanti habis bila Kak Liza sampai. Lagipun tak kan time tengahari depa datang nak jamu ketupat ngan rendang aje.

Bila Kak Liza sms kata lambat datang terus saya suruh suami cari ikan. Nak jugak buat laksa pasal ralat jugak kalau Kak Liza datang tak ada benda yang special (padahal laksa tu bukannya special sangat pun kan?) Ketupat pun saya order lagi 50 biji. Rendang saya tambah lagi seekor ayam. Anak2 makan sampai tinggal sikit. Time nak jamu orang lah depa makan sungguh2. Time tak ada orang tak ada pulak depa nak makan macam tu.

Masa Kak Liza sampai tu memang ngam2 lah. Laksa dan rendang dah masak. Lega betul. Dalam masa sejam setengah aje saya masak. Memang kelam kabut lah saya bersilat kat dapur tu. Bila tengok Kak Liza, suami dan anak2 dia makan laksa tu rasa berbaloi sangat. Rasa hepi bila tetamu makan masakan kita kan? Nak2 bila depa makan bertambah hehe...

Itu ajelah cerita pasal tetamu yang datang beraya rumah saya tahun nie....

Lina dan Asma bersama anak2

Laksa, ketupat & rendang

bersama Kak Liza &  suami


saya & Leen, jiran lama masa duduk Kerteh dulu - sekarang ni dia dah pindah KL

dulu Awatif dan gegel ni best friend - dari umur 5 dan 6 tahun, masa Awatif umur 7 tahun kami pindah Kuantan pastu Leen pulak pindah KL - bila dah lama tak jumpa masing2 malu & segan, bukan main susah nak bergambar nie!

Awatif dan anak2 Leen - dulu anak Leen 2 aje, sekarang dah 4!

kawan2 Awatif

Kak Imah, Kak Ina dan adik dia

dah siap - cuma tunggu tetamu aje

bihun sup utara

ketupat (tempah) & rendang ayam (buat sendiri)

kek coklat

kek lapis keju coklat

masa ni langsir tak pasang lagi

No comments: