Sunday, September 23, 2012

Projek taman

Saya dan suami tengah sibuk nak tanam pokok2. Kononnya nak buat taman indah bak di syurga hehe....

Rasanya tak menjadi lagilah taman kami tu pasal budget tak cukup. Pokok2 pun alahai! mahal2!! Jangan tak tahu satu pokok boleh mencecah harga rm700 - rm800! Ada tu lebih seribu pun ada. Sayanglah kalau nak belanja ribu2 semata-mata untuk hiasan kat luar rumah. Sayang betul! Kalau orang yang duit banyak tu lain ceritalah kan? Kita ni yang sedang2 ni pandai2 lah buat kira2. Yang mana kita rasa kita mampu tu kita buat dulu yang tu. Yang lain2 tu kemudian2 pun tak apa. Bukan penting sangat pun kan?

Setakat ni saya baru selesai tanam pokok yang renek untuk ditanam sepanjang longkang kat depan laman tu. Tapi baru setengah aje hehe... Tu pun tak larat tau! Jenuh nak mencangkul tanah pasal kat rumah saya ni banyak batu2. Nak cangkul bukan main seksa! Tapi yang teruknya suamilah. Saya buat sikit2 aje ;)

Jomlah kita tengok gambar2 tang saya sempat ambil pagi tadi :-

No comments: