Sunday, September 23, 2012

kebun kecil

Petang tadi Kak Ina jiran depan rumah bagitahu kat Pantai Mak Nik ada buat expo. Macam2 pokok ada dijual. Saya pun ajaklah suami pergi tadi. Ingat nak pergi tengok2 aje. Tapi kan bila sampai sana rasa macam semua nak beli hehe... Pokok jenis buah macam2 ada. Pelbagai jenis pokok pelam ada. Pastu ada manggis, rambutan, longan, nangka, jambu, durian, ciku dan macam2 lagilah. Pokok2 hiasan ni saya dah tak pandang dah :)

Kebanyakkannya jenis yang cepat berbuah. Dalam setahun dua dah boleh berbuah. Macam pokok pelam saya yang sedia ada tu. Dalam tempoh dua tahun Alhamdulilah, lebat buahnya. Manis pulak isinya. Tadi saya beli pokok pelam harum manis, pokok jambu madu merah dan pokok durian belanda. Kalau betul apa yang adik jual tu kata, dalam 2 tahun pokok2 tu akan mula berbuah walaupun pokok tu rendah. Mudah-mudahan betul lah apa yang dia tu kata kan? Lepas ni tak payahlah nak beli dah. Hai! Besarnya angan2 kita nie ;)

Suami kata kalau ada dusun barulah sesuai beli macam2 pokok yang jenis berbuah ni. Tak apalah abang, dah tak ada dusun, ada tanah kita yang comel ni pun jadilah...

Kami tak sempat lagi nak tanam pokok2 tu pasal hujan lebat petang tadi. Baru semangat nak menanam, ada pulak dugaannya kan? Hehe.... Saya teringin jugak nak tanam pelbagai pokok macam blogger Salam 2 Benua tu. Tapi kalau setakat teringin aje tapi malas tak jadi jugak. So kita biar aje orang yang rajin aje buat kerja, bagi yang malas macam saya, kita tengok aje hehe....

Oklah, jom layan gambar pokok2 yang saya beli tadi. Tak sabarnya nak tanam pastu tengok hasilnya. Rasa macam lambat aje nak tunggu 2 tahun...

No comments: