Wednesday, September 12, 2012

hantar adik ke Kelantan

Hari Jumaat lepas ibu, Mak Teh dan adik Najwa datang rumah. Sampai rumah saya dalam pukul 2 @ 3 pagi. Mereka datang pasal nak hantar adik pergi Kelantan. Dia kena buat praktikal di Hospital Besar Kota Bharu selama 7 minggu.

Mulanya ibu dan Mak Teh aje nak hantar tapi suami macam risau aje pasal semuanya perempuan. Dahlah Mak Teh tak tahu jalan. Suami nak tolong hantarkan tapi hari Sabtu tu dia nak study pasal hari Isnin dia ada exam. Kalau hari Jumaat dia boleh. Tapi Mak Teh pulak yang tak boleh dapat cuti hari Jumaat tu.

Suami dok risau jugak. Nak pergi hari Sabtu dia memang tak boleh. Dalam dok risau tu Alhamdulilah, hari Khamis dia bagitahu exam dia ditunda pada hari Selasa so dia bolehlah pergi Kelantan hari Sabtu tu.

So awal pagi Sabtu kami bertolak ke Kelantan. Asalnya nak bertolak lepas subuh tapi masing2 tak boleh nak bangun. Saya pulak dah 2 malam tidur lewat gara2 buat open house untuk kawan2 Awatif. Dah tu selsema pulak. Kepala rasa berat aje. Ikut hati memang tak larat nak pergi tapi kesian pulak kat adik Najwa.

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi. Lepas tu singgah breakfast dulu. Kiranya dalam pukul 9 lebih baru bertolak terus ke Kelantan.

Sepanjang perjalanan saya tidur aje. Kami singgah Pasir Mas, rumah kawan adik. Ikutkan jauh Pasir Mas ngan Kota Bharu dan kami malas nak singgah tapi kami terpaksa mengalah gara2 kesungguhan dan keikhlasan tuan rumah.

Lepas makan tengahari dan solat kami pun bertolak ke Kota Bharu. Mak dan bapa kawan adik tu pun ikut sama untuk tunjukkan jalan. Sebelum hantar adik ke rumah sewa dia kami singgah dulu Pasar Siti Khadijah untuk beli beras. Suami nak beras cap Serindit. Sedap kata dia. Dalam pada tu sempat jugak kami jeling2 @ intai2 kain batik, cantik2 dan murah2! Tapi disebabkan kesuntukan masa tak sempatlah nak membeli. Bila sampai rumah saya baru rasa menyesal! Terpaksa cepat pasal kami nak bertolak balik Kemaman hari tu jugak. Tak boleh nak bermalam kat sana pasal suami nak study pas tu Makteh pulak penat nak drive balik KL esoknya.

Lepas hantar adik ke rumah sewa dia terus kami balik. Memang tak puas langsung pergi Kelantan hari tu. Iyalah kejap sangat! Saya cakap ngan suami nanti nak pergi lagi. Dari Kemaman ke Kelantan ambil masa dalam 4-5 jam. Makteh ngan ibu pun tak puas. Dalam bulan 10 kot kami nak pergi lagi. Kena pergi time bukan cuti sekolah kalau tak, kain mahal2!

No comments: