Wednesday, September 26, 2012

Dapur dan ruang makan

Inilah keadaan dapur basah dan ruang makan saya sekarang. Dah tak ada idea nak buat macamana dah. Rasanya dah ok kot kan? 

Saya sekarang ni dalam keadaan yang tak ada mood sangat2. Nak kemas rumah ke atau nak hias rumah ke. Kain baju berlambak-lambak tak berlipat. Malas sungguh2 lah! Tak ada semangat betul nak bagi rumah cantik, kemas dan bersih. Bila tengok ruang dalam rumah ni yang bersepah, cepat2 pejam mata hehe.... Biarlah dulu kan? Bila dah ada mood nanti barulah kita kemas atau hias cantik2. 

Yang kat luar rumah tu pun adoi! banyak kerja nak kena buat. Tapi tu lah pasal malas nie lah apa2 kerja pun tak jadi. Aritu beriya2 sangat nak ngemas kat luar pastu nak buat tamanlah konon - last2 apa pun tarak! hehe.... Angan bukan main tinggi lagi, tak padan dengan malas tu hehe... 

Sementara saya nak seru mood rajin meresap dalan badan saya nie, jomlah layan gambar2 dapur dan ruang makan saya yang saya sempat ambik pagi tadi. 

dapur basah

cupcakes yang sentiasa menjadi pujaan hati hehe...


oleh sebab kabinet dapur yang kat atas tu tak tahu nak pasang bila, so saya beli dulu almari ni - senang nak letak periuk2 dalam tu - kabinet yang ada sekarang ni tak cukup!
langsir cupcakes yang ibu bawa aritu - tukang buat rumah tolong pasangkan - nampak sengetkan langsir tu? tak apalah kan hehe...
ruang makan tema white & purple
nampak berseri sikit bila pasang langsir kan? atau nampak merimaskan?
langsir cupcakes - cantik tak?

7 comments:

liea said...

hai sis nak tny la sis bli langsir 2 kat mn ye.. cntik la.....

Azienur said...

Cantik sangat I suke

Azienur said...

Cantik sangat I suke

Siti Durrani Dom said...

Sis...beli kabinet dapur yg tak fixed kt dinding yg sis letak blender tu kat mane?berapa?tq

Siti Durrani Dom said...

Sis...beli kabinet dapur yg tak fixed kt dinding yg sis letak blender tu kat mane?berapa?tq

Sk Tk said...

Aah sis kt mana beli kabinet letak blender tu? cantik

Ns kitchen said...

Sis beli rak ltk blender tu kat mana