Saturday, September 29, 2012

ragam budak demam

Adik demam lagi :( Mujurlah tak serius tapi 2 hari jugaklah tak pergi sekolah. Meragamnya bukan main. Kalah budak kecik.

Sejak 2 hari ni dia bukan main tinggi demand dia. Nasi tak mau makan langsung. Ari pertama tu dia nak makan steambot - ok, dah bawa. Pastu esok tu nak makan pizza pulak - ok, dah makan. Pastu petang tadi asyik nangis sambil merengek lapar. Makan nasi tak mau, makan laksa x mau (saya buat laksa arini). Ummi dah naik angin dah tadi. Semua x mau, pelempang mau ke?

Tapi pasal dia demam so tak bolehlah nak garang2 sangat. Kesian pulak kan? Dahlah dia tak makan apa2. Bila tanya tadi elok2, dia kata nak makan cheese burger ngan wafel ice-cream kat A&W. Amboi! Demam2 pun taste bukan main ya :) Kalau macam ni hari2 maunya botak lagi kepala Walid tu hehe....

Habis jugaklah burger sebiji dia makan. Pastu wafel setengah dia makan. Setengah tu saya share ngan Awatif. Bila tengok dia makan habis tu lega lah sikit. Esok dia nak minta makan apa lagi tak tahulah. Jangan kang dia minta makan steak sudahlah ;) - esok Walid dah request kat Ummi nak makan budu pasal lama dah tak makan hehe...

Lepas makan A&W tadi dia minta singgah kat Tutti Fruiti pulak. Ingatkan tadi Walid terus aje, tiba2 pulak Walid stop kat depan kedai. Bukan main bersoraklah budak2 tu. Adik terus peluk Walid sambil cakap "adik sayang Walid" - iyalah tu adik!! Bukannya tak nak pergi selalu - mahal! Aritu dah cakap ngan anak2 kalau setakat sebulan 2 kali bolehlah. Tapi ni dah jadi seminggu sekali. Baru minggu lepas dah beli. Sekali beli rm40 melayang, padahal bukannya kenyang pun! Walid kata kalau makan KFC boleh dapat makan ayam banyak ketul :)

Agaknya pasal adik demam kot tu yang Walid ngikut aje apa yang dia nak. Walid teringat masa dia demam teruk haritu (masa kena masuk spital bulan 4 lepas). Sebelum tidur tadi tiba2 dia kata dia panas, pastu dia nak mandi. Bagi ajelah dia mandi. Lepas mandi makan ubat dan terus tidur. Tak sabar dia nak tunggu esok pasal nak tolong saya dan suami tanam pokok. Kalau dah sihat bolehlah adik!

Jom layan gambar2 ni dulu :-

No comments: