Monday, August 13, 2012

yey oh! yeah

Tajuk bukan main ya! Hehe....

Inilah hadiah besday saya & Awatif. Kami sepakat tuntut hadiah secara aman hehe... Mujur besday anak ngan Ummi lebih kurang sama. Ummi ada geng bila nak minta Walid belikan hadiahkan? Hehe...

Sebelum besday saya, suami ada bisik2 nak beli bunga tapi sampai ke hari ini bayang daun pun tak ada hehe... Saya tak kisah sangat sebenarnya kerana dah tahu sangat suami bukanlah seorang yang romantik. Lagipun dari beli bunga tu baik beli something yang kekal lama kan? Bunga ni untuk orang yang jiwang karat aje, iya tak? Zaman bercinta bolehlah kot!

Ok, stop pasal hadiah - nak cerita pasal raya pulak. Selalunya setiap kali raya saya akan sponsor kek. Sejak pandai buat kek sikit2 ni lah saya mula buat kek setiap kali raya. Rasanya dah 2-3 tahun kot!

Seperti raya2 tahun lepas, kek lapis saya buat dalam 5-6 biji. Setengah rumah ibu & setengah lagi rumah mertua. Plan saya tahun ni nak buat lebih sikit pasal nak buat sekali untuk kenduri pertunangan Farah pada raya ke 7 nanti. Bahan2 kek lapis tu nampak aje sikit tapi kos dia dalam rm300 lebih. Bahan2 kek lapis ni mahal, patutlah kalau nak beli yang dah siap sekilo sampai rm60. Tepung dia sekilo rm11. Saya tak pasti kalau guna tepung biasa jadi ke tidak.

Kek coklat tak boleh tinggal lah kan? Wajib ada setiap kali raya! Nak buat sekarang tak sedap pulak nanti. Nak kena buat hari Jumaat malam tu barulah fresh. So bahan2 saya tak boleh nak beli pasal buat berat kereta aje kan? Lagipun kami balik kampung raya tahun mungkin naik Saga aje.

So inilah bahan2 yang Uda perlu beli ya :-
1) Susu cair 8 tin
2) Susu pekat manis 6 tin
3) Minyak jagung 1 botol (sederhana)
4) Telur 30 biji
Bahan2 yang lain sayang dah beli. Yang berat2 aje minta tolong Uda belikan.

Dalam perancangan nak buat kek lapis 10 biji tapi tak tahulah sempat ke tidak. Hari ni dah hari Isnin. Kalau satu hari buat 4 biji boleh lah kot! Kek buah pun nak buat jugak - adoi! susah betul tak ada assistant! Mai sapa2 sorang terbang sini tolong kak sayang hehe....

Aritu nak buat awal2 dah tapi dok sibuk ngemas dapur tu tak habis2! Pastu sejak 2-3 hari orang pasang awning dok mai rumah. Nak buat tkek tak boleh pasal depa nak pasang gril kat dapur tu. Tiap2 hari kena kemas pastu punggah pastu kemas! Tak larat dah! Ni saya dari pukul 3 pagi tadi tak tidur2, badan rasa melayang-layang aje!!

p/s : dah dapat hadiah tak apalah penat sikitkan? Tapi suami dok cakap saya dok buat kek yang dia tak makan, nampaknya esok nak kena buat jugak kek yang dia suka!!

2 comments:

rositahmdzain said...

besday uda pun dekat jgk yang!

Hafidzin said...

Uda, nnti syg bg hadiah kek ya, hehe...