Sunday, August 5, 2012

tudung bawal

Lama betul tak pakai tudung bawal. Rasanya hampir 2 tahun jugak. Baru2 ni masa kemas2 rumah terjumpa satu plastik tudung bawal. Saya memang ada banyak tudung bawal kerana dulu ibu buat bisnes. Macam2 caler dan pelbagai sulam @ bunga saya ada. Saya pernah bawa ibu ke Kuala Terengganu untuk borong tudung bawal nie.

Bila susun2 tudung bawal ke dalam almari rasa macam teringin pulak nak pakai balik. Ingat raya ni nak pakai semua baju dengan tudung bawal lah!

Tapi kan sejak dari dulu kalau pakai tudung bawal ni mesti saya tak kemas. Senget sana sini. Sepupu2 saya selalu ejek saya pakai tudung tak betul. Sejak ada tudung Ariani ni lah baru nampak saya pakai tudung kemas sikit. So macamana ya? Still nak pakai jugak ke tudung bawal raya nanti?

Jom tengok betul ke saya pakai tudung bawal ni nampak tak kemas ;)


No comments: