Friday, August 3, 2012

ruang tamu baru

Saya baru lepas mengemas dan mengubah perabot2 kat ruang tamu. Rasa macam nak terputus urat2 dalam badan nie. Berat sungguhlah almari dan sofa tu. Partition bunga tu pun bukan main berat. Tadi terhempap jatuh kat bahu saya. Itu akibat dok alih sana sini. Kejap2 kat situ, kejap2 kat sana. Sebenarnya saya dah buntu dan tak ada idea macamana nak hias dan susun atur perabot. Yang buat pening tu pasal lepas ubah meja makan tu adalah ruang kosong. Itu yang buat tak ada idea nak susun macamana tu.

Sofa tu berpuluh kali tukar tempat. Almari tu pun sama. Kerusi bunga2 tu berat yang amat sangat pasal dalam tu ada majalah2. Yang tu pun tadi dok ubah sana sini. Last2 ini aje lah yang saya mampu buat pun. Dah tak ada idea nak buat macamana dah!

Meja makan pun tadi nak ubah ke ruang makan baru bukan main susah. Nasiblah anak2 dah besar. 2 beradik tulah tadi dok menolong saya. Mula2 cuci dapur dan ruang makan. Semalam saya dah cuci tapi nak kena cuci lagi hari ni. Dah selesai basuh tu baru kemas kat ruang tamu pulak. Kerja banyak lagi nak buat nie. Nak rehat kejap pastu sambung balik kemas ruang menonton dan dapur kering pulak. Nak tunggu suami balik rasa lambat sangat. Tak apalah, buat sikit2 dulu. Nanti dia balik dia buat kerja lain pulak.

No comments: