Friday, August 10, 2012

birthday dan projek kek lapis

Sebelum panjang lebar saya menaip, saya nak ucapkan happy birthday buat Uda! Semoga uda lagi happy tahun ni ya. Hati uda berbunga2 nak sambut orang baru dalam family, insyaAllah! Moga apa yang dirancang akan menjadi ya uda, Amin!!!!

Dan juga happy belated birthday buat tuan Bidadarindu yang menyambut birthdaynya pada 5hb lepas. Moga bertambah lagi rezeki yang dah sedia dan sentiasa melimpah ruah tu ya, Amin! Kalau rasa tebal sangat beg duit tu bolehlah pas kat sini sikit ;)

Sebenarnya kan kalau sebut pasal birthday ni ramai kaum kerabat saya yang sambut birthday bulan lepas dan bulan ini. Saya terlalu sibuk dengan hal rumah sampai terlupa nak sharekan kat dalam blog ni. So kat sini saya nak ucapakan happy belated birthday buat Maksu, Mira, Fiqah dan siapa lagi ya? Ada tak lagi? Harap tak terlambat ya saya nak wish! Semoga apa yang di impikan akan menjadi kenyataan, Amin!

Ok, stop dulu pasal topik besday, ni nak cerita pasal kek lapis, gambar kat bawah ni adalah sebahagian bahan2 untuk buat kek lapis. Saya beli bahan2 ni dua hari yang lepas. Ingat nak start projek melapis tu hari ini tapi adoi! tak boleh lah pulak. Sebabnya? Dari sahur tadi saya tak habis2 mengemas dapur. Kabinet dapur dah siap dipasang semalam. Terkejut jugak pasal sebelum raya dah boleh siap, aritu depa tak janji kata boleh siap awal. Saya dok ingat tentu lepas raya baru siap.

Bukan nak kata ya, tapi macam tu lah orang Cina buat bisnes. Cepat dan profesional. Saya melalui pengalaman yang teruk bila upah orang Melayu buat wardrobe dalam bilik saya tu. Mulanya ingat nak tolong orang Melayu tapi last2 sendiri yang makan hati. Mula2 lambat. Saya order awal berbulan2, janji nak pasang sebelum cuti sekolah bulan 5 lepas tapi nak dekat puasa baru pasang. Kedua, apa yang saya order lain pulak yang dapat. Saya order kayu yang corak2 tapi yang dipasang kosong sahaja. Bila ditanya sorang staf pun tak tahu kerana boss keluar pergi tabligh. Boss yang ambik order saya jadi bila boss tak ada, staf pun garu kepala. Saya ambik masa berminggu2 jugak nak hilangkan ralat dalam hati saya ni. Dan yang akhirnya wardrobe tu dipasang tak kemas sepenuhnya. Saya bukannya seorang yang cerewet, betul! Siapa yang kenal saya akan tahu saya ni jenis redah aje semua benda. Saya nie jenis tak kisah tapi yang ini saya tak boleh nak tutup sebelah mata pasal nampak sah2 sangat wardrobe tu tak kemas. Kalau nak dibandingkan dengan wardrobe dalam bilik tetamu yang Cina buat memang jauh berbeza.

Harga lebih kurang aje kalau nak kira. Tapi tak apalah, dalam marah2 tu saya redha aje. Hati saya dah sejuk dah pun hehe.... Cuma nak bagitahu lagi sepatutnya boss Melayu tu janji nak repair balik wardrobe saya sebelum raya. Sekarang lagi seminggu nak raya, tak tahulah macamana dia nak tunaikan janji dia tu! Saya ada minta dia free cermin untuk letak kat ruang makan baru saya sebagai ganti rugi dia salah pasang wardrobe tu tapi dia tak boleh bagi. Dia cuma boleh bagi harga special aje. Sepatutnya sebelum raya dia datang pasang cermin dan repair wardrobe tu tapi sampai sekarang tak datang2 pun lagi. Saya order sebelum puasa lagi tau! Yang kabinet dapur tu saya order dah seminggu puasa. Tengoklah beza antara cina dan melayu buat bisnes.

Saya cerita ni bukan nak rendahkan orang Melayu kita, cuma nak sedarkan orang Melayu ni supaya kalau nak buat bisnes kenalah betul2. Macamana kita nak maju kalau macam inilah sikap kita? Saya nak sangat orang Melayu maju dalam apa juga bisnes, rasa bangga kalau orang kita yang berjaya. Sungguh! Ikhlas dari saya nie :)

Ok, berbalik pasal cerita kek lapis saya nie, hai! tak tahu bila nak mulanya. Asyik mengemas aje tak habis2, bila masa nak startnya kan?

Ibu dah start buat biskut raya kat KL nun!!! Tahun lepas saya ada tolong ibu, tahun ni ibu buat sorang2 hehe.... Kakak tu pemalas, asyik cakap tak larat aje hehe... (ibulah yang dok mengadu kat saya hahaha...). Mujur ada kakak Nadia dan Wani. Depalah yang tolong ibu. Dah banyak jenis dah ibu buat, start hari Isnin ke Selasa ibu mula. Saya nie aje yang tak tahu bila nak mulanya .......

p/s : tunggu saya kemas dapur dulu baru boleh letak gambar kabinet dalam blog nie ;)

p/s : gambar saya dengan uda - masa kami cuci ikan untuk buat laksa kat rumah Nyah (untuk kenduri Qilah) - ini aje gambar dengan uda yang ada dalam simpanan hp saya nie :p

3 comments:

Kaz said...

Jgn lupa bawa sikit kek lapis tu kalau dtg ke SP nanti ya.

Yg fasal cara bisnes melayu dan cina tu, ina 100% setuju.

bidadarindu said...

Ehh..mamat hensem mana kat belakang tengah tutup air tu...rajin mamat tu dok dapur yer...he he...

Kak Kaz : x sume org melayu cam tu...dah nama manusia,x kira bangsa apa sekalipun kalau dah sikap dia mmg cam tu,x boleh kata apa gak..org putih pun sama,org hitam pun sama..mungkin % setuju tu boleh dikurangkan sikit..hu hu..

rositahmdzain said...

alahai dah mcm mak indon pulak..hmmm xpa la dah gambaq ni je yag sayang ada, uda pasrah..huhu