Friday, August 3, 2012

n3 panjang cerita pasal dapur dan baju raya

Alhamdulilah, dapur dah siap! Rasanya dalam 2-3 hari dah boleh mula masak. Banyaklah kerja yang nak dibuat! Tengok dan fikir pun dah rasa pening. Petang tadi saya sempat basuh lantai dan table top. Buat kerja sikit pun tadi dah termengah-mengah. Nak tunggu suami buat, hari cuti baru dia ada masa. Rasa lambat pulak nak tunggu hari Sabtu & Ahad. Itu yang petang tadi gagahkan jugak buat sorang2. 

Tembok yang kat luar tu pun dah siap sepenuhnya. Dah siap cat dan letak lampu. Esok tukang datang touch-up sikit2 lagi. Rasanya esok kot last dia mai rumah pasal dah selesai semuanya. Alhamdulilah, rasa bersyukur sangat2. 

Tadi suami dok buat kira2. Pening kepala dia pasal duit dah banyak habis he..he.. Iyalah, siapa yang tak pening kalau budget asal lari banyak sangat. Walaupun bukan saya yang keluarkan duit saya tetap rasa pening jugak. Pening ni tak akan hilang kalau makan panadol satu papan pun he..he..

Dah habis kemas dapur nanti saya sharekan gambar dalam blog ni ya. Ok, habis cerita pasal dapur kita cerita pasal baju raya pulak ya.

Tahun ni baju raya Awatif & Balqish 90% saya beli online. Saya dah mula beli sikit2 sejak 2 bulan lepas. Ada jugak sepasang dua yang saya beli masa awal tahun. Nampaknya kali ni semuanya saya yang pilih. Kakak ngikut aje pasal saya yang order dan saya yang bayar (tolong bayarkan dulu sebenarnya he..he..). Pasal beli sikit2 jadi tak lah rasa banyak sangat duit habis, lagipun semuanya murah2 aje. . Baju depa tahun ni 7 pasang. Alhamdulilah, rezeki depa tahun ni lebih sikit.

Saya beli kain cotton kemudian hantar tailor untuk buat blaus. 5 pasang upah kat KL dan 2 pasang upah kat sini. Jiran sebelah saya tailor - dia memang pandai jahit baju fesyen2. Tapi sejak setahun dua ni dia dah kurang ambil tempahan pasal sibuk mengasuh. Saya memang puas hati ngan jahitan dia, upah dia pun murah. Kat kedai biasa blaus Awatif tu kena rm43 tapi dia ambil dalam rm20-rm25 aje. Banyak bezakan? Time macam ginilah yang buatkan semangat saya belajar menjahit membuak-buak! Saya nak belajar tapi tak ada guru yang nak mengajar! Ada kelas kat Kuantan tapi jauhlah pulak!

Balik kisah jiran saya tu - saya jenuh pujuk dia untuk ambil tempahan baju Awatif & Balqish yang lagi 2 pasang tu. Saya tak puas hati bila tengok blaus 5 pasang yang dah siap dijahit tailor yang kat KL tu. Sungguh! Dengan renda yang saya rasa over sangat. Tak apalah, nak buat macamana kan? Tailor yang selalu kami hantar baju tu dah pindah Rawang. Jauh pulak dari rumah kakak nak ke Rawang tu. So pejam mata ajelah bila hantar baju tu kat tailor baru nie. Menyerah ajelah, kalau elok, eloklah, kalau tak elok pun berserah aje. Janji budak2 tu ada baju rayakan he..he..

Bila dah pujuk2 tu jiran saya cakap ok. Lega rasanya. Tapi dia cuma boleh buat blaus simple2 aje. Tak apalah, janji dia mahu jahit. Baju Balqish ikut ukuran blaus saya yang kecil sikit. Cal kakak suruh Balqish cuba apa2 baju kakak yang agak2 dia muat. Adalah satu blaus tu memang kami pakai kecil sikit so kakak suruh ikut ukuran baju tu ajelah. Saya & kakak satu saiz. Baju kami semua sama saiz. Itu yang kadang2 selalu tertukar. Nak bagi senang cam, kena tulis nama masing2. Macam tulah keadaannya bila dah tua pun masih nak pakai baju sama he..he.. Agaknya dulu2 masa kecil tak puas kot pakai baju sama kan?

Baju2 girls dah setel. Seluar caler2 untuk Awatif dah beli. Oleh sebab depa ni saiz lain2 so kena beli asing2. Kat Tesco Semenyih ada satu kedai tu, jual seluar macam2 caler. Harganya pun murah - rm19.90. Aritu dah nak beli dah kat Awatif tapi sayangnya untuk Awatif tak ada saiz.  Asalnya seluar tu untuk orang besar, bukan untuk budak2. Ingatkan saiz S Awatif muatlah tapi tak ada pulak saiz S. Paling kecil pun saiz M. Bila Awatif cuba saiz M tu - menggeleber lah. Untuk Balqish sesuailah. 

Jenuh jugak saya nak cari seluar caler2 tu yang sesuai ngan Awatif. Masa pergi Mid Valley hari tu ada lah jumpa. Harga mahal 2 kali ganda tapi terpaksa jugak beli pasal tak tahu mana lagi yang ada jual. Kakak suka lah pasal yang Balqish punya boleh beli murah huwaa....... Saya pun nak beli yang murah2 jugak untuk Awatif tapi tak ada pulak yang muat untuk dia. Tulah, anak Ummi kurus sangat!!! Kalau tidak Ummi boleh jimat banyak tau......

Baju untuk boys (Aisy & Robin) cuma tinggal 2 helai aje lagi. Caler purple dan pink. Kali ni saya terikut kakak beli seluar saiz besar2 kat adik. Kakak suka beli baju & seluar besar2 kat anak2 dia. Memanglah anak2 kakak cepat besar. Saya tersilap betul pasal ikut kakak. Baru2 ni beli seluar jeans saiz 12 kat adik dan Robin. Memanglah depa tu badan lebih kurang aje tapi adik ni kurus kering. Perut pun leper aje! Robin pulak walau badan lebih kurang adik tapi badan dia berisi sikit. Isi2 dia pejal. Nak kata dia gemuk tak tapi badan dia ada isi sikit kalau nak bandingkan dengan adik. Bila dia pakai nampak ok tapi bila adik pakai macam pak lawak dah he..he..

Betul - ngan menggelebernya, betul2 macam Aziz Satar tu haha...... Dia punya marahlah kat saya belikan dia baju dan seluar besar2. Siap dia pesan kat saya "UMMI, LAIN KALI JANGAN PERCAYA CAKAP AMMI (kakak), ADIK TAHULAH AMMI TAK MAU ADIK HENSEM, TU YANG AMMI SURUH BELI BAJU & SELUAR BESAR2" hahah........ Kelakar betul bila dengar dia cakap macam tu!!!! Baju tu oklah lagi - yang seluar tu adohai!!!!! besar sangat! Rasanya seluar tu simpan untuk pakai raya tahun depan.

Untuk Ummi2 pulak - rasanya tahun ni Ummi2 paling simple. 2-3 pasang baju yang recycle dari tahun2 lepas. Sebabnya? Nak berjimat! Em!!! Baguih betullah kan kami tahun nie!!  Kalau tahun2 seterusnya pun buat macam nie boleh pergi Umrah cepat2 lah kot kan he..he.. Mudah-mudahan ya, Amin!!

Jomlah layan gambar lama2 tanda kami selalu pakai baju sama he..he..






3 comments:

Kaz said...

Seronok baca cerita Fizin. semangat nak sambut raya ya. Ina tak berapa rasa sgt feel nak raya tu sbb lebih sibuk dgn org baru ni. Lgpun mungkin sbb tak dpt nak keluar utk last.minute shopping raya mcm selalu, tu yg kurang feel tu.

bidadarindu said...

gambar last sekali,x tahu mana adik mana kakak,hok yg gumuk sikit tu kakak kot...he he..

Hafidzin said...

Ina - iyalah, dah ada orang baru mesti lagi teruja! betul kata ina, kadang2 shopping last minute nie boleh rasa feel nak raya - tambah2 kalau dengar lagu raya kat shopping complex tu!

Raya tahun ni fizin buat persiapan sederhana saja - untuk fizin dan suami ala kadar aje, utk anak2 aje yang lebih :)

Bidadarindu - sapa yang gumuk tu? kita rasa macam kita dah kurus sejak puasa nie hehe.... kita memang dalam gambar nampak macam tu tapi realiti kita anggun hahaha.....