Wednesday, August 15, 2012

kek lapis

Alhamdulilah, berjaya jugak buat 5 biji kek lapis sepanjang 2 hari ni. Kek lapis asam manis 2 biji, kek lapis keju coklat 1 biji, kek lapis keju coklat rice 1 biji dan kek lapis keju lemon 1 biji.

Sekarang saya tengah bakar kek lapis prun. Plan hari ni nak buat kek lapis prun 2 biji dan kek lapis keju coklat lagi sebiji. Kalau sempat tambah lagi satu biji kek lapis keju lemon.

Hari ni mula lambat sikit pasal saya tidur kejap. Selalunya lepas sahur saya terus buat tapi hari ni saya penat sangat. Kepala rasa berat aje. Tidur tak cukup 2-3 hari ni. Sebelum jatuh sakit baik tidur kejap. Lepas tidur sejam dua tu baru rasa segar sikit.

Esok saya tak nak buat dah kek lapis pasal nak kemas rumah. Petang esok InsyaAllah nak balik KL rumah kakak. Jumaat pagi baru nak bertolak ke kampung. Ibu dan mak dah ada kat kampung nie. Uda ambil ibu dan mak last week.

Jom layan gambar2 kek lapis saya. Kali ni saya rasa rupa kek lapis saya nie ok sikit kot kalau nak berbanding ngan yang lepas2 hehe... Kek lapis keju koko tu anak2 suka betul. Masa besday Awatif tu suami saya nak belikan kek secret recipe untuk dia tapi dia tak nak. Dia nak kek yang Ummi buat - dia tak mahu kek secret recipe!
Bangga sungguh Ummi dengar hehe....maknanya kek Ummi lagi sedap lah ya!!


2 comments:

rositahmdzain said...

bestnya kek banyak..uda pun rasa kek sayang lg sedap dari resipi rahsia..hehe

balqish said...

sedapnye terliur balqish :D