Saturday, August 4, 2012

hari jadi

Semalam tak sempat nak update blog pasal birthday saya. Sibuk kemas rumah seharian semalam.

Saya nak ucapkan terima kasih banyak2 di atas ucapan dan doa sanak saudara dan kawan2 sempena harijadi saya semalam. Saya amat menghargainya. Moga sama2 lah kita mendapat rahmat Ilahi sempena bulan Ramadhan ni. Saya rasa beruntung dapat sambut besday tahun ni di bulan yang mulia ini.

Pejam celik pejam celik dah sampai pun bulan 8. Semalam 3hb genap umur saya 37 tahun. Setahun dah berlalu, rasa cepat sangat masa berlalu. Takut pulak bila fikir lagi 3 tahun umur saya akan menjadi 40 tahun. Time tu mesti rasa alahai! dah tua pun saya nie! Sekarang ni dok perasan muda lagi hehe....

Tak ada sambutan pun semalam. Saya sambut besday dengan mengemas rumah aje. Malam suami ajak keluar beli kek @ makanan apa2 tapi saya tak larat nak keluar. Rasa penat dan lenguh satu badan. Sekarang nie pun dok rasa lagi sikit2.

Tengahari nanti nak pergi Kuantan beli baju dan kasut raya kat anak2. Sambil2 tu boleh la kot minta hadiah besday sekali hehe. Agaknya suami tak layan kot pasal duit dah banyak habis buat tambah dapur tu! Rasanya kalau saya kenyit2 mata kat suami nak tak dia tunaikan permintaan saya? Jangan nak berangan lah sayang ya! Hehe..

Saya nak sampaikan penghargaan paling istimewa buat ibu yang melahirkan saya 37 tahun yang lalu. Sayang sayang sangat kat ibu!!!

No comments: