Tuesday, August 7, 2012

gambar dapur terkini

Mak Teh suruh saya ambil gambar dapur terkini dan letak dalam blog. So inilah gambarnya :)

Kabinet dapur belum siap. Tauke tu kata dia cuba siapkan sebelum raya tapi saya tak harap. Kalau siap lepas raya pun saya tak kisah sangat.

Inilah yang termampu saya kemas pun. Nampak tak berapa tersusun barang2. Tak ada idea dah nak bagi nampak lagi kemas dan tersusun. Kotak2 bawahbtu berapa kali susun tu. Kejap macam ni, kejap macam tu. Bila kabinet dapur dah siap nanti selesailah masalah kan?

p/s : masa gambar ni diambil, si adik sibuk kat dapur cari makanan hehe... Budak yang tak "kuasa" nak interframe hehe....

1 comment:

rositahmdzain said...

cantiknya dapur yang..ruang tamu pun cantik. x sabaq uda nak p duduk sana sebulan.