Thursday, July 5, 2012

sentuhan ibu

Saya dah lama angan2 nak ada wardrobe dalam bilik saya. Sepatutnya dari tahun lepas nak buat tapi terpaksa tangguh atas sebab2 tertentu.

Alhamdulilah, dah siap pun wardrobe tu hari Isnin lepas. Sekarang ni saya tengah sibuk memunggah dan menyusun baju2 dari almari lama ke wardrobe nie.

Mujur ibu ada, bolehlah jugak ibu tolong2 sambil bagi idea supaya nampak lebih kemas. Dapur yang sekarang dalam pembinaan tu pun banyaknya idea datang dari ibu. Kalau harap saya dan suami, tentu berserabut.

Tadi lepas selesai kemas baju2 ibu tolong tukarkan cadar baru. Cantik tak? He..he.. Bukan niat nak menunjuk ya. Orang lain punya lebih hebat so tak ada maknanya kalau niat saya nak menunjuk bilik saya yang serba kekurangan ni. Cuma saya nak berkongsi dengan sedara saya terutamanya kakak. Kan mereka semua jarang2 datang rumah saya?

Jomlah cuci mata tengok gambar bilik saya yang tak seberapa nie ;)

No comments: