Monday, July 30, 2012

kelawar oh kelawar

Kelawar kerap sangat masuk dalam rumah saya. Dalam seminggu adalah dalam 2-3 kali. Yang hairannya tak ada pulak kelawar tu masuk rumah jiran2 sebelah. Apa yang buat ia tertarik ngan rumah saya ni ya?

Masa mak ngan ibu datang rumah aritu pun ada ia masuk. Saya ngan ibu & mak ada dalam bilik tiba2 dengar adik menjerit sekuat hati sambil berlari. Terkejut dibuatnya. Bila saya keluar bilik kakak Nadia bagitahu kelawar terbang pastu 'singgah' kat kaki dia. Hehe.... Patutlah menjerit sakan.

Saya pun sebenarnya takut jugak. Selalunya suami yang tolong buangkan. Tapi hari tu dia tak ada kat rumah, hantar Awatif tution. Time tu saya berlari2 jugak, kejap2 masuk bilik.

Mak jadi hero hari tu. Dalam pada tak sihat tu mak terus cari kelawar tu. Dah jumpa, emak ngan steady nya terus buang. Adik tak habis2 memuji tok nek " beraninya tok nek - tok nek tak takut langsung". Hai! Adik, macamanalah Ummi nak harap kat adik? Penakut sungguh hehe....

Minggu lepas saya ada dengar bunyi kelawar tapi cari2 tak jumpa. Adalah dalam 2-3 hari jugak saya dengar. Cakap kat suami pastu dia pun tolong cari. Bila dah cari tu terjumpalah! Bukan seekor tapi 2 ekor. Ibu dan anak. Si anak tu kecil lagi. Bila suami buang kat luar rumah si ibu dah terbang tinggal si anak yang rasanya tak boleh lagi terbang. Kesian tengok tapi takut jugakkan kelawar nie. Takut jangkitan kuman atau ada bisa apa2 kan?

Ni cerita semalam. Saya ada terbau benda busuk. Bila duduk depan tv aje mesti berbau. Cakap ngan suami, ni mesti bangkai cicak kot pasal ibu ada letak racun cicak sebelum ibu balik KL. Suami cakap kucing kot pasal pernah 2 kali kucing mati kat depan rumah. Bila cari2 tak jumpa pulak. Tapi semalam suami terjumpa punca berbau tu. Bangkai kelawar!!! Bila masa lah dia duduk dan KO kat situ! Masa saya cari2 tak jumpa @ nampak, macamana suami cari boleh jumpa @ nampak? Hairankan??? Padahal cari tempat yang sama!

Masa ibu dan anak tu saya tak sempat ambil gambar, yang dah KO semalam tu cepat2 saya ambil gambar.

Ada siapa2 tahu cara atau petua macamana nak elak kelawar masuk rumah? Mak kata kelawar suka pisang. Kat rumah saya ni pokok aje ada, buahnya tak ada. Dalam 5 tahun ni sekali aje berbuah pastu dah tak ada dah!

No comments: