Sunday, July 1, 2012

Kejapnya

Semalam dalam pukul 12 mlm ibu, mak, kakak, Abg Lee, Mak Teh, Kakak Nadia, Wani, Balqish dan Robin sampai rumah saya. Semalam kami sembang2, pukul 4 pagi tak tidur lagi. Pagi ni nak bangun punyalah liat. Breakfast tadi saya suruh suami beli nasi kerabu ayam bakar. Nak masak rasa tak larat pasal tidur tak cukup.

Balqish dan Robin pujuk Awatif ngan Aisy ponteng sekolah hari ni tapi suami tak bagi pasal adik dah selalu sangat ponteng sekolah.

Kakak dan yang lain2 dah balik. Tinggallah ibu, mak dan kakak Nadia. Pujuk Wani duduk sekali dia tak nak. Dia nak duduk ngan ibu dia. Aisy ngan Awatif pujuk pun tak jalan. Penatlah Abg Lee pasal semalam baru sampai, petang ni nak balik KL dah. Nak duduk lama2 tak boleh pasal kerja dan budak2 sekolah.

Sebelum balik tadi singgah makan satar.

No comments: