Wednesday, July 25, 2012

jatuh katil

Hari ni hari ke 3 adik tak pergi sekolah. Hari pertama dan ke dua, dia tak sihat. Demam dan batuk. Tapi tak lah teruk macam selalu tu. Cuma manja dan mengada2 aje yang lebih tu!

Lepas pergi klinik dan makan ubat dia dah ok. Semalam dia dah sihat sepenuhnya. Saya pun dah prepare baju dan buku2 untuk dia pergi sekolah hari ini. Tapi awal pagi tak de angin, tak de ribut tiba2 dia dummmm....jatuh katil! Kejadian berlaku sebelum sahur!

Masa dia jatuh tu suami cakap dia nangis kejap pastu dia tidur balik. Saya tak sedar langsung. Pagi tadi langsung tak kejut dia sahur pasal dah agak tentu dia mengamuk.

Bila suami kejutkan dia bangun sekolah tadi baru perasan kat belakang dia ada lebam dan bengkak. Dia nangis2 bagitahu sakit bila nak duduk atau baring. Saya seriau jugak tengok. Dalam gambar tak nampak bengkak sangat tapi kalau tengok betul2 boleh nampak ketara bengkak tu. Ntah apa yang dia terkena masa jatuh katil tu tak tahulah!

So hari ni saya tak bagilah pergi sekolah. Takut jugak kalau2 masa naik tangga nak ke kelas tu dia sakit ke apa ke. Pastu dia dok cakap dia tak boleh nak duduk pasal sakit. Lagilah Ummi takut kan?

p/s : tidur buas sangat pasal tu lah jatuh katil.

No comments: