Monday, July 23, 2012

hari pertama berpuasa

Walaupun semalam ramadhan masuk hari yang ke 2 tapi adik baru mula berpuasa. Hari yang pertama tu dia tak puasa. Pukul 12 tengahari dia dah berbuka. Time tu saya tak ada kat rumah, ada di Mid Valley, shopping baju raya.

Masa ibu cal bagitahu dia dah berbuka saya dah dapat agak dah. Saya memang tak nak paksa dia.

Semalam dia puasa penuh satu hari. Kejap2 saya tanya dia adik ok tak. Adik boleh tahan tak. Kalau rasa tak larat saya suruh dia berbuka. Mungkin semalam satu hari dalam kereta, perjalanan balik dari KL ke Kemaman, so, dia taklah rasa penat sangat kot. Sepanjang jalan dia tidur aje.

Kami terus ke Kuantan dulu pasal nak pergi Bazar Ramadhan (BR) tapi sebaik sampai aje hujan turun selebat-lebatnya. So tak dapatlah kami pergi. Frust betul tak dapat pergi BR kat Kuantan tu! Kat situ macam2 ada, sebut aje apa nak makan!

Kami singgah BR kat Balok aje. Mujur jugak time tu hujan dah reda. Adik nak makan nasi kerabu tapi tak ada. Last2 belikan dia nasi kukus aje. Untuk Awatif, belikan nasi air. Suami, nasi goreng dan untuk saya, macam adik jugak, nasi kukus. Pastu beli sup tulang untuk sahur.

Sampai rumah dah pukul 7. Mandi2 pastu rehat kejap dah sampai waltu berbuka. Adik makan habis satu bungkus nasi kukus tu. Lepas tu makan kuih sagu merah dan buah melaka. Masa tengok dia time tu rasa oh! dia dah ok, dia dah boleh berpuasalah. Rasa lega sangat. Ingat nak suruh dia berpuasa sampai habislah.

Tapi lepas 20 minit dia berbuka, muka dia dah pucat. Badan macam lembik pastu dia dok ngadu sakit perut. Dia macam nak muntah tapi tak. Jenuh saya sapu minyak kayu putih kat perut dia pastu urut2 sikit. Berapa kali dia rasa nak muntah tapi tak jadi. Saya dah cuak dah. Tahun lepas macam nilah keadaan dia lepas berbuka. Tapi rasanya tahun lepas lagi teruk. Dia tak makan sangat dan cuma minum air. Dan lepas tu dia muntah teruk sampaikan minum air kosong pun dia muntahkan balik. Dia dapat puasa 2 hari aje tahun lepas.

Bila tengok keadaan dia semalam saya menyesal pulak tak paksa dia berbuka. Kenapa ya keadaan dia macam tu? Lepas dah sapu minyak tu dia terus tidur sampai ke pagi ni. Bila kejut sahur dia tak nak tapi lepas tu dia bangun sendiri. Saya suap dia makan nasi pastu dia tidur balik. Saya tak bagi dia puasa hari ini. Kalau dia rasa nak berbuka saya tak akan larang! Takut jadi macam semalam pulak.

Hari ini dia tak pergi sekolah. Bila kejut dia tadi dengar dada dia bunyi. Pastu dia batuk. Lepas pam dan bagi ubat saya suruh dia tidur tapi dia tak nak. Kelakarnya dia boleh minta nak makan koko krunch hehe.... Awalnya adik berbuka, baru pukul 7 pagi! Keke....

Jom layan gambar2 dia masa berbuka semalam.

p/s : sunyinya kami ibu & mak dah balik! rasa macam tak berdaya aje, nak buat apa2 pun tak ada mood, rumah bersepah sangat2!

p/s : semoga Nyah & Qilah cepat sembuh dari accident semalam, kenapa Qilah terlelap? ngantuk sangat ke? lain kali jangan bawa kereta dalam keadaan mengantuk, tidur dulu baru keluar drive, bahaya tu! take care!

2 comments:

Kaz said...

Salam Fizin, pernah bg adik try jus tok guru tak? Cubalah, mana tau adik akan ok nanti.
Teruk ke Nyah dan Qilah accident? Smg semuanya selamat ya...

bidadarindu said...

Adik,Adik...Kalau x larat x yah la 'kuasa'..biar sihat bebetul dulu,baru 'kuasa' ya...