Saturday, July 14, 2012

Budget lari

Sebelum mula apa2, saya nak ucap TAHNIAH pada Kazrina dan Rizal atas kelahiran anak perempuan mereka. Seronoklah Ina dapat baby girl ya. Tercapai impian, Alhamdulilah. Bolehlah lepas ni Ina beli baju yang cantik2 untuk baby Ina nanti. Tak adalah asyik beli baju spiderman, ben 10, transformers kan? Kali ni boleh lah beli baju snow white, barbie, princess kan? He..he.. Tahniah sekali lagi. Fizin tumpang gembira dengan berita ini.

Pasal cerita saya sekarang Adoi! Berserabut kepala nie. Apa yang saya rancang tak menjadi. Budget abis lari!

Saya rancang dry kitchen sekarang ni saya nak ubah jadi ruang makan. Kabinet dapur nak pindah ke dapur baru. Tapi bila Liaw dari A Craft Kitchen datang rumah 3 hari lepas, dia cakap kabinet tu tak boleh ubah. Takut nanti rosak abis kabinet tu. Kalau rosak sayanglah! Mahu nangis air mata darah saya nie he..he.. Iyalah! Nak dapat tu bukanlah senang. Kami ni bukanlah orang kaya.

Bila Liaw cakap tak boleh ubah saya dah rasa berserabut kepala. Dah tak tahu nak plan macamana dah. Dia cadangkan dapur basah sekarang tukar jadi ruang makan. Kalau nak buat macam tu kena roboh abis kabinet dapur basah saya tu. Walaupun kabinet tu guna yang paling murah tapi saya tetap rasa sayang. Iyalah, semua tu guna duitkan? Murah ke mahal ke sayanglah jugak.

Kalau dapur baru buat ruang makan rasa tak sesuai. Ada tak rumah orang lain ruang makan buat kat hujung rumah? Keadaan saya kalau dapur baru buat ruang makan, tetamu kena lalu ruang menonton, lalu 2 dapur barulah sampai ruang makan. Rasa pelik tak?

Jenuh jugak nak mikir! Mujur ibu ngan mak ada kat rumah sekarang. Bolehlah ibu ngan mak bagi idea apa yang patut. Kalau harap saya dan suami - buntulah jawabnya. Buat apa pun tak kena. Budget abis lari sekarang nie. Makin botaklah nampaknya suami saya he..he..

Sementara saya fikir2 nak buat keputusan jomlah layan dulu gambar2 yang saya ambil tadi. Rasanya macam tak sempat siap sebelum puasa.

No comments: