Wednesday, July 18, 2012

berhabuk & bersepah

Kali ke 3 update blog hari ni. Tak habis lagi cerita pasal dapur saya tu. Yang naik jemu tu janganlah salahkan saya ya. Maklumlah orang baru nak tambah rumah, macam ni lah. Jakunlah sikit. Orang lain yang tambah rumah besar2 tak bising pun kan?

Keadaan kedua2 dapur saya sekarang bersepah yang amat sangat. Barang2 dari dapur basah semua kena pindah ke dapur kering. Nak kemas sangat pun tak boleh pasal tak ada ruang dah.

Dahlah bersepah pastu berhabuk pulak. Terpaksa letak kain kat laluan masuk untuk elakkan habuk kesan dari pecahkan dapur basah tu masuk dalam rumah. Dalam pada letak kain tu pun still habuk masuk. Nak bernafas pun rasa susah. Anak2 saya suruh duduk dalam bilik aje.

No comments: