Wednesday, July 25, 2012

34 kg

34 kg? Ha! Itu berat badan mak sekarang! Jangan tak percaya. Terlalu kuruskan?

Mak tak sihat aje sepanjang 3 minggu duduk kat rumah saya. Makan tak lalu. Mak banyak tidur aje. Ibu kata mak sekarang macam baby. Pagi2 mak bangun, mandi, breakfast, makan ubat pastu mak tidur. Tengahari mak bangun kejap. Kadang mak makan, kadang mak tak makan. Lepas mak tengok drama Filipina mak sambung balik tidur sampai petang. Kalau mak lapar mak makan roti. Kalau tak mak minum air teh aje. Dalam satu hari tu mak makan nasi sekali aje. Breakfast mak makan setengah keping roti sahaja. Kadang2 aje mak makan sekeping.

Pasal tu lah mak makin kurus. Kalaulah boleh lemak2 saya ni berpindah kat badan mak kan best? Hehe...

Yang hairannya mak tak lalu makan tapi saya pulak makin berselera makan. Sampai mak tegurlah "hang ni makan tak berhenti no - samalah macam kakak dia" hehe.... Iyalah mak, sementara lalu makan ni, kita makan ajelah. Esok2 tak lalu makan macam mak, susah pulak kan?

Tapi tadi bila saya cal ibu, ibu cakap mak dah lalu makan. Mak puasa jugak walau kami anak2 dan cucu2 tak berapa nak bagi. Bukannya apa, takut mak lagi tak larat. Dah dengar ibu cakap macam tu rasa legalah sikit. Ibu bagitahu lagi time berbuka dan sahur mak makan nasi bertambah. Hai! Mak, duduk rumah sayang tak seronok ke? Nak kena duduk rumah kakak jugak baru mak lalu makan ke? Rasa macam nak merajuk aje he..he..

Jom layan gambar2 masa saya temankan mak pergi check up kat Pusrawi hari Jumaat lepas. Mak Teh pun ada sama. Masa tunggu mak nak ambik darah tengok2 Nyah & Yan datang. Cinta & Haris pun ada. Geram betul tengok depa 2 orang tu. Rasa macam nak cubit2 aje hehe...

p/s : rajin betul saya hari ni update sampai 3 entry sekaligus!

No comments: