Wednesday, July 25, 2012

3 stooges

Susah betul nak susunkan gambar2 ni mengikut susunan.

Ini gambar2 Aisy, Robin dan Muqri yang saya ambil baru2 ni masa pergi KL. Mereka ni digelar 3 stooges. Kenapa yek? Pasal depa ni kalau berjumpa memang tak ingat dunia. Makan dan minum pun boleh lupa. Iyalah, dok ralit main aje. Depa ni masing2 ada perangainya sendiri. Time baik tu baiklah sangat dan time gaduh tu gaduh besarlah! Beza umur setahun aje. Robin 9 tahun, Aisy 8 tahun dan Muqri 7 tahun. Tapikan kadang2 si Muqri yang nampak lebih matang dari adik tu!he..he..

Kalau time sembahyang jemaah masing2 rebut nak jadi imam, paling kelakarnya sorang pun tak mau beralah. Masing2 nak tunjuk pandai! Last2 tiga2 sembahyang sendiri2 aje hehe..

Sekarang ni depa tengah hangat main gasing. Kononnya nak masuk pertandingan akhir gasing hujung tahun ni. Dengar macam hebatkan? Hehe..

Masa balik hari tu adik sedih aje pasal tak boleh sambung main ngan Robin & Muqri. Dalam kereta dia diam aje pastu tanya nanti raya kita raya kat mana. Bila bagitahu raya kat rumah tok Ummi tahun ni, terus dia senyum. Rasanya depa ada buat perjanjian something bila jumpa raya nanti. Adik bagitahu tak sabar nak jumpa Robin & Muqri raya nanti.

No comments: