Thursday, June 21, 2012

Singapore Laksa & Keropok Lekor

Alhamdulilah, adik dah sihat sikit hari ni. Taklah sihat sepenuhnya tapi lebih baiklah dari semalam. Dia dah boleh bangun dan tengok tv. Semalam sepanjang hari dia tidur aje. Pastu dok merengek aje. Makan pun tidak. Pagi tu dia cuma makan telur mata sebiji aje pastu tak makan apa dah.

Saya dah pening2 ni pasal tak cukup tidur semalam. Setiap 1 jam dia terjaga dan merengek. Kemudian pukul 3 pagi dia cakap dia sakit perut. Iyalah, tak makankan tentulah sakit perut. Angin dah masuk. Boleh pulak pukul 3 pagi tu dia minta keropok lekor. Mula tu saya rasa berat sangat nak bangun pasal tidur tak cukup tapi kesian pulak bila ingat balik yang dia tak makan so gagahlah jugak bangun. Tapi pukul 4 pagi baru saya bangun dan gorengkan keropok lekor untuk dia. Dia makanlah 3 ketul pastu terus tidur nyenyak sampai pagi. Kelakar betullah anak Ummi nie he..he..

Pagi tadi pulak dia cakap dia nak makan Singapore Laksa kat Secret Recipe. So bawalah dia makan tengahari tadi. Taklah makan banyak sangat tapi bolehlah tampung perut dia tu. Ummi yang terpaksa habiskan semua makanan tadi!!

Malam ni Alhamdulilah, dah kurang panas badan dia. Dia kata tenaga dia tinggal sikit aje so kalau nak buat apa2 kena cepat2 he..he..

3 comments:

bidadarindu said...

Sedap ke laksa singapore kat SR tu?namapk mcm x sedap je..

Hafidzin said...

mula2 kaksayang makan 4-5 tahun lepas mmg sedap tapi skrg rasa macam dah kurang! dah tak sedap macam dulu!

Hafidzin said...

mula2 kaksayang makan 4-5 tahun lepas mmg sedap tapi skrg rasa macam dah kurang! dah tak sedap macam dulu!