Thursday, June 7, 2012

sibuk

Sejak balik dari kampung ni saya betul2 sibuk. Nak dikatakan tiap2 hari keluar. Hari Isnin lepas pergi Sogo dan Jalan TAR. Tujuannya nak beli baju anak2 lelaki dan suami untuk dipakai pada hari kenduri Aqilah nanti. Tapi Yan pulak tak dapat nak ikut pasal si cinta tu demam. So tak jadilah beli baju untuk kenduri tu pasal kakak pengantin tak ada he..he.. 

Memandangkan kami dah ada kat Sogo dan time tu pulak ada sales so kami (saya & kakak) ambil lah peluang beli baju raya kat anak2 lelaki. Orang ramai sangat2 padahal waktu tu hari bekerja. Ibu kata mungkin yang datang tu smeua cikgu2 macam kakak he..he.. 

Bila dah ramai orang susah lah sikit nak memilih. Jadi kami sempat beli 3 pasang aje. Tu pun beli baju aje, seluar tak beli. Kakak kata nanti datang lain kali. Baju untuk anak2 perempuan dah tempah. Macam raya tahun lepas, kami beli kain cotton pastu tempah orang jahit cuma kali ini tak buat dah jubah/maxi macam last year tu. Tahun ni buat blaus pastu beli seluar caler2. Kalau blaus warna merah, seluar pun merah! Kalau anak perempuan ni senang, untuk anak lelaki tu susah sikit pasal tiap2 tahun fesyen yang sama aje. Tak ada idea nak bertukar2 - asyik2 tshirt, kemeja aje kan??

Semalam tak keluar - rehat satu hari. Hari ini pagi2 keluar bawa adik pergi Klinik. Dia demam dari hari Isnin tu. Mula2 bagi dia makan ubat demam farmasi aje tapi tak baik2. Takut melarat saya bawa jugaklah dia pergi Klinik pagi tadi. Lepas makan antibiotik terus dia baik. Sepanjang hari ini badan dia tak panas sangat. Alahai lah adik! Asyik demam aje anak Ummi nie!

Lepas hantar adik balik rumah saya keluar lagi. Kali ni keluar pergi Bangi - nak cari tudung untuk dipakai kenduri Qilah nanti. Baju tak siap lagi. kain contoh pun tak ada so main agak2 ajelah caler mana yang sesuai. Tak tahulah nanti tudung ngan baju match ke tidak. Kira cincai aje lah he..he..

Malam pulak kami pergi makan char kuey teow - abang Eky share ngan kawan dia buka warung kecil kat kedai mamak di Cheras. Rasanya boleh tahanlah jugak! Yang bestnya sebelum makan char kuey teow kami makan roti nan dulu he..he.. Kenyang perut suka hati pastu bila badan dah naik mulalah rasa stress he..he..

Awatif & Balqish

Alamak! muka Nyah nampak sipi2 aje he..he..

1,2,3 senyum!!!

Kak Nad & Wani

pose cover perut he..he..

sedap!
tauke besar - masak tu berlakon ke betul2 ke!

makan ramai2 - perut kenyang semua pun suka hati



No comments: