Sunday, June 10, 2012

sampai rumah

Alhamdulilah, setelah 2 minggu tinggalkan rumah, semalam dah sampai dengan selamatnya. Hati tu seronok jugak nak balik pasal teringatkan rumah tapi dalam pada tu rasa sedih pasal ingatkan mak. Sehari sebelum balik sini bagitahu mak kata nak balik, mak terus cakap mak susah hati. Saya terus cakap ngan ibu rasa macam nak pindah KL aje bila dengar mak cakap macam tu. 

Kalau saya ngan anak2 pindah KL, macamana dengan suami pulak kan? So hati kenalah tabah sikit kalau teringatkan mak. Saya cakap ngan suami dengan keadaan mak sekarang nie kenalah jenguk mak di KL sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau duduk dekat sure tiap2 hari saya berkampung kat rumah kakak tu! Agaknya time tu mak mesti boring pasal kena hadap muka saya anak beranak tiap2 hari he..he..

Sebelum balik KL sempatlah jugak beli kasut untuk pakai kenduri Qilah nanti. Kasut untuk Awatif pun beli jugak. Kiranya boleh buat kasut raya lah jugak. Pakai sekali masa kenduri Qilah pastu terus simpan untuk raya. Lagipun raya dah nak dekat! Amboi! dah excited pasal raya, puasa pun belum ganti lagi! Over la tu kan?

Anak2 dah start sekolah hari ini. Awatif tak ada masalah - HA! si adik tu alahai!! Semalam dia dok gelisah semacam aje. Orang semua dah tidur dia aje belum. Tahu2 dengar dia menangis sedih! Memang mendayu2 dia menangis he..he.. Puncanya tak nak pergi sekolah aje! Ingatkan masalah apalah sampai menangis macam tu! Tangisan Umi Jua pun kalah he..he..

Pagi tadi suami pujuk2 dia barulah dia ok. Nak jugaklah pergi sekolah tapi demand bukan main! Dari A to Z nak suruh saya & suami buatkan. Sampai pakai stokin pun nak suami sarungkan. Mengada betul! Dapat kat Umi Yan baru tahu, kan Umi Yan?

awat muka Adik macam tu? sedih ka?? sengsara lagi ke? he..he..

kat TESCO - beli kasut untuk pakai kenduri Qilah - amboi! sakan no!!! orang lain yang nak kahwin, kita yang lebih2 he..he..

sebelum ke KL dah kurus sikit - duduk KL 2 minggu dah gemuk balik uwaaaaa!!!

No comments: