Thursday, June 21, 2012

risaunya.....

Risau sungguh ngan keadaan adik. Demam dia tak kebah2 dari pagi tadi. Setiap kali dia demam beginilah keadaan saya. Mula tu macam alah! panas badan dia tu jap lagi oklah tapi bila dah makan ubat 4 kali sehari tapi still panas badan tak hilang2 saya mulalah rasa cuak! Walaupun tahu setiap kali dia demam dia akan mengigil satu badan pastu kaki tangan dia sejuk tapi still saya tetap rasa seriau aje. Sekarang ni mata tak boleh nak lelap walau mata ngantuk sangat. Pukul 2 pagi nanti nak kena bagi dia makan ubat demam. Tidur sebelah dia ni saya boleh rasa bahang panas dari badan dia. Alahai! Kesiannya anak Ummi. Nanti adik dah baik kita beli gasing macam Danish ya.

2 comments:

bidadarindu said...

Moga aisy cepat baik supaya ummi beli gasing macam danish..ummi dah janji tu,kalau x beli nanti dosa...he he..

Hafidzin said...

he..he..dah beli pun gasing tu kat dia - bukan main suka!!