Saturday, June 2, 2012

mee ketam Juru

Alhamdulilah, dapat jugak saya makan mee ketam kat tempat yang fames di Juru tu petang tadi. Mula2 tu ingat dah tak jadi dah pasal sibuk dengan aktiviti keluarga tapi last minit dapat jugak curi2 masa pergi. 

Lepas ke rumah adik ipar tadi terus pergi Juru. Mak mertua, adik2 ipar dan biras tak ikut sekali pasal nak ke pasar malam Parit Buntar. Kami pergi 4 beranak aje pasal yang lain2 tu tak nak ikut. Saya malas nak pergi pasar malam tu pasal hati dok teringat kat mee ketam tu he..he..

Masa dalam perjalanan ke Juru saya cal uda - uda bagitahu  jalan jem teruk tapi pasal mee ketam punya pasal saya cakap ngan suami kita cuba dulu. Mana tahu kot2 jalan dah clear. Kalau tengok jem teruk sangat baru kita patah balik keluar ikut Bukit Tambun. Bila dah masuk highway, tengok2 jalan dah kurang sesak sangat. Alhamdulilah! Dalam 40 minit kami pun sampai.

Masa sampai tu saya perasan seseorang. Rasanya macam kenal tapi takut nak tegur. Kawan lama masa sekolah rendah. Mat Arof! Saya cakap dengan suami macam kenal aje orang tu tapi tak berani nak tegur. Kalau betul2 dapat confirm dia mungkin saya awal2 dah tegur he..he.. Dia pun mungkin tak kenal saya - iyalah! dulu kurus aje he..he.. Kalau dia join reunion yang kami buat 2 tahun lepas mungkin saya boleh confirm itu dia! Kalau dapat jumpa kawan2 yang lain mesti best! Rindu betul dengan kawan2 yang lain! Kali ni balik kejap aje, memang tak ada masa & peluang langsung nak berjumpa. Semalam pergi Padang Besar ngan family suami, malam baru balik, hari ini pulak sibuk balik kampung dan pergi rumah adik ipar. Esok nak balik KL dah!

dalam kereta - on the way ke Taman Ilmu

cucu mak mertua semua ada 9 campur ngan anak saya - perempuan 6, lelaki 3

suami ngan Iphone yang tak boleh dipisahkan he..he.. asyik berkepit aje ngan Iphone tu! jangan marah ya abang! he..he..
rumah adik ipar kat Taman Ilmu - cantik rumah dia!

uda dah bagitahu jalan jem tapi mee ketam punya pasal sanggup redah jem - saya cukup pantang kalau dalam keadaan jem macam ni ada segelintir orang yang ambil jalan senang "mencilok" dari lorong kiri - depa ingat depa aje yang nak cepat - yang kita ni tak mahu cepat - arg!! geram betul!!

dalam 40 minit sampai jugaklah kat sini! Alhamdulilah, puas hati dan kenyang perut dapat makan mee ketam & nasi goreng ketam he..he..
tengok ketam kat pinggan Awatif tu - ada sape2 yang terliur? he..he..

nasi goreng ketam dah habis, mee ketam tinggal separuh baru teringat nak ambil gambar - em! sedap!!


No comments: