Saturday, June 30, 2012

hari kenduri Qilah

Mula nak letak tajuk hari persandingan Qilah tapi bila ingat balik eh! mana ada Qilah bersanding. Pelamin pun tak ada kat dewan tu. Mula tu rasa macam hairan sikit pasal tak ada pelamin. Bukanlah nak suruh bersanding bagai nak rak cuma niat nak bergambar aje. Iyalah, sekali seumur hidupkan? Mestilah nak jadikan ianya kenangan paling manis dalam hidup kita. Saya lupa nak tanya Qilah kenapa tak ada pelamin. Saya cuma teringat nak tanya dia kenapa dia tak buat majlis berinai kecil - alah! yang pakai baju macam2 tu - Korea lah, Minang lah, Cina lah, Jepun lah, Jawa lah dan macam2 lagi lah! 

Alamak! Teringat pulak majlis berinai saya dulu bila sebut pasal nie he..he.. Tak habis2 nostalgia betul si tuan rumah ni ya!! Untuk yang nak tahu tu - yang tak nak tahu tu duduk diam2 aje ya. Masa majlis berinai saya dulu tu saya pakai 5 jenis persalinan - Korea, Jawa, Cina, India dan Minang. Dah alang2 cerita, biar perabis ok he..he.. Rasanya malam tu saya rasa sayalah paling cantik he..he.. Iyalah, seumur hidup tak pernah make-upkan? Tambah2 yang make-upkan saya tu Romzy - pak andam yang paling glamer waktu tu! Dia pernah jugak berlakon filem - tajuk apa tak ingat pasal dah lama kan?

Walau dah 12 tahun berlalu - saya masih ingat apa yang terjadi malam tu. Memang meriah betul! Paling menghangatkan suasana mestilah Uda anak beranak! Uda kalau tak ada dalam majlis apa2 mesti rasa sunyi. Kan Uda kan? he..he.. 

Sampai sekarang gambar2 tu masih elok dalam simpanan saya. Kalau2 terasa nak mengimbau kenangan lama, saya mesti tengok balik gambar2 tu. Kalau terasa nak ingatkan diri sendiri balik yang saya dulu pernah kurus - tengok gambar2 lama itulah pengubatnya! Betul! Hilang sikit rasa stress bila tengok gambar2 masa kurus tu! he..he..

Dah melalut pulak cerita saya ni ya he..he.. Ok, kita sambung balik cerita pasal kenduri Qilah tu. Oh! sebelum tu saya ada sebut tadi kenapa Qilah tak nak buat majlis berinai tu - saya lupa langsung apa dia jawab. Nanti saya tanya balik dia ya he..he.. Pasal tak nak pelamin tu, ibu cakap Nyah Lelaki yang tak nak. Mungkin Qilah ikut aje kot! Masa Yan dan Tiqah dulu elok aje ada pelamin.

Ok - sambung balik - kenduri Qilah buat kat Dewan Melati, Putrajaya pada 16hb June, hari Sabtu. Ramai betul yang datang sampai lauk habis. Agaknya pasal anak bongsu kot kan? Memang ramai yang datang - tak henti2! Lauk pauk memang no. 1 tambah2 bahagian dessertnya he..he.. Nak bagitahu kat sini - saya dan kakak ada buat kek coklat 6 biji. Kami tidur 2 jam aje malam tu! Ish! sepupu2 lain yang nak kahwin nanti tu - tolong order kat orang lain boleh tak? Ai tak berseri2 hari kenduri tu tau pasal ai letih sangat buat kek! he..he..

Bila badan letih dan tidur tak cukup - hati pun mudahlah terasa! Bagi yang tak tahu tu, ai bersama yang lain memang terasa hati hari tu. Ai makan nasi 2 mulut aje pastu tak boleh nak telan dah! Sepanjang kat dewan tu ai tak makan apa2 - bila terasa lapar petang tu nak makan laksa tengok2 dah habis! Kadang2 tu dengan sedaralah kita mudah terasa. Iyalah dah rapatkan? Eh! kenapa tiba2 ber ai2 nie? Layan ajelah ya he..he..

Apapun, dah nama pun sedara - tak sempat malam hati pun dah terubat. Tapi lain kali kena beringatlah! Dah serik rasanya! he..he.. Melalut lagi si tuan rumah ni ya! Tak habis2 ngan hati dan perasaan dia ajekan?

Tema kenduri Qilah - warna belacan! Masa beli tengok tak berapa nak cantik tapi bila dah siap pakai ramai2 nampak cantik pulak! Mak suruh buat jubah untuk geng2 mak dara dan kurung moden untuk anak2 dara. Untuk anak2 mak pun mak suruh buat jubah jugak. Mula tu macam seriau aje nak buat jubah pasal kain kosong. Iyalah, kalau kain kosong boleh lah nampak habis lemak2 kat badan tu terutamanya perut! Mujur kain saya tu jenis 2 lapis jadi tak adalah nampak sangat kalau badan berlemak he..he..

Kalau tengok gambar baju saya tu nampak macam kebaya - itulah, tailor silap jahit. Rasa tak puas hati tapi nak buat macamana kan? Kena jugak berterima kasih kat dia pasal sanggup jahit semua baju2 kami tu dalam tempoh masa yang singkat. Baju Awatif & Balqish tu dia jahit dalam masa 3 hari aje. Mula2 baju depa sepasang dengan Cinta dan Aina, baju tu dah siap pun. Ala2 dress la baju tu. Yang buat nak tukar tu pasal bila tengok anak2 dara pakai baju kurung moden nampak cantik sangat. Masa tu Afiqah pun ada. Afiqah beza umur setahun aje dengan Balqish tapi dia dah masuk geng anak2 dara tapi Balqish masih dalam golongan budak2. Pastu sepasang pulak dengan Cinta dan Aina yang kecil lagi tu. Patutlah depa tak mau! Bila puas fikir, saya cakap dengan kakak, tukar ajelah baju depa tu. Kain tu pun taklah mahal sangat. Kakak ikut aje so bila Makteh pergi jalan TAR beli tudung, saya pun kirim beli kain tu. Mujurlah ada! Sukalah budak2 tu bila dapat tahu! Hai! rasa cepat betul depa tu besar!

Setakat ni ajelah saya bercerita, nanti sambung balik di lain entry ya. Esok nak kena bangun awal. Ada banyak kerja nak buat, ada orang nak datang renovate rumah dan paling penting esok ibu & mak nak datang duduk rumah saya 3 minggu. Yeyyyyyyy!!!!! Best kan??

meja beradab

buffet

macam2 ada

saya suka betul ngan susunan sudu2 tu

dari kiri kakak, uda, mak su dan saya

cucu & cicit uda dan dara Hajah Saodah

dari kiri suami, Mustaqim, Amir & Bazli

Awatif & Balqish

Aisy & Robin pegang bunga manggar - yang kat belakang tu amboi! pantang no tengok kamera!! he..he..

Awatif & Aisy

saya dan pengantin

buat kenangan!

Alamak! mata Umi Qilah terpejam pulak!

lepas ni giliran sape pulak ya!

sape paling hensem! Wan macam waiter la pulak!

dari kiri Aryana, Fiqah, Wandi, Qilah, Hanani dan Fatin - Fatin jadi pengapit so baju dia lain sikit!

tunjuk kasut merah!

sape paling cantik dan menawan? mestilah ibu kita kan?? he..he..

anak2 Hajah Saodah

3 generasi

saya dan kakak bersama anak masing2 - asalnya baju Awatif dan Balqish sepasang dengan Aina & Cinta tapi last minit saya tukar sama dengan geng anak2 dara - suka sangatla tu pakai baju kurung moden, dah macam anak dara la pulak!

ibu & mak bersama tetamu dari Singapura

saya dan Amy, kawan lama dari Kerteh, sekarang tinggal kat Bangi

bersama dengan Kak Jun dari Johor

anak saya yang paling jelita hari tu he..he..kalah Umi Dia, Umi Jua, Umi Wani, Umi Mira dan Umi2 yang lain2nya!!

ibu tengah melayan abang ipar

ini saja gambar ramai2 yang ada dalam camera saya

bersama dengan biras - datang dari kampung bersama dengan keluarga mertua

ketibaan pengantin nak masuk ke dalam dewan

bersama tetamu dari Indonesia

kakak dengan Mustaqim

mak dengan cucu kesayangan - menyampah tengok! he..he.. melawak aje, jangan marah!!

bersama hati yang terluka he..he..

bukan senang nak bergambar dengan "orang besar" nie!! he..he.. bukannya apa, susah nak jumpa Arnie nie, kalau tak ada kenduri apa2, memang tak jumpa lah!

kakak satu family - saya tak sempat ambil gambar satu family pasal suami ada hal pergi rumah Mak Cik ngan family mertua - dah petang tu baru dia balik ke dewan

No comments: