Friday, June 1, 2012

balik kampung

Sampai dah kampung hari Rabu lepas. Esok nak balik dah. Rasa kejap aje, tak puas dan tak sempat nak pergi mana2. Nak jumpa kawan lama pun tak sempat. 

Abang ipar sekeluarga balik kampung jugak so meriah lah suasana kat sini. Anak2 bukan main seronok dapat bermain ngan sepupu2. Jarang dapat jumpa dengan sepupu2 belah family suami nie!

Pagi tadi sempat balik kg Sg Kecil kejap! Ambil barang Pakteh dan rempah kari ibu. Tengok rumah tu rasa sedih aje! Rumah kampung tu time raya aje penuh! Bila masuk dalam rumah, tengok keadaan rumah pun dah letih! Tak terbayang macamana time raya nak nak kena kemas!!! Fikir pun dah penat!!

Kami tengah bersiap nak pergi rumah adik suami - lepas tu nak pergi Juru, makan mee ketam. 

anak saya 2 orang - yang lagi 5 tu anak sedara

Adik paling suka main ngan Aisyah & Arissa he..he..  - depa ikut aje adik pergi mana2 - comel katanya!

satu-satunya hero Abang Man he..he..

adik nak riba Ammar pun tak larat!

lagi sikit aje nak tersungkur Ammar tu! adik tak kuat katanya!

dari luar rumah

bahagian tepi rumah

sunyi sepi tak ada orang

sentiasa dekat dihati

banyak yang dah rosak

1 comment:

NASI BARYANI SEDAAAAAP... said...

Muqri asyik tanya bilaaaa nak balik kg tok nek...
sebabbbb???
nak pegi kedai pjg.... wahhhh ape la muqri ni.