Tuesday, May 1, 2012

terkini tentang adik

Hari ini hari ke 4 adik masuk hospital. Demam masih tak kebah2 lagi. Suhu dia cepat naik dan lambat turun. Kalau pagi dia demam sampai 40, petang tu baru turun tapi turun dalam 38 aje. Batuk pulak start semalam makin menjadi-jadi.

Semalam Dr sahkan adik kena radang paru-paru tapi tak serius. Walaupun Dr cakap tak serius tapi saya takut betul. Macam2 benda yang tak elok dok fikir - saya tak mahu fikir macam tu tapi bila dok ingat Dr cakap nak tak nak benda2 tak elok dok berlegar aje dalam kepala nie! Semalam saya dok cari info pasal penyakit ni kat internet. Bila dah tahu serba sikit tu jadi ringanlah sikit kepala ni.

beginilah keadaan adik setiap kali demam

Saya bincang ngan suami nak suntik vaksin khas untuk kuatkan paru2 adik. Tanya Dr semalam, Dr kata boleh. Adik dah sihat nanti baru nak cucuk vaksin tu. Kalau boleh untuk Awatif pun nak buat jugak.

Keadaan adik hari ini - demam still ada tapi taklah demam sepanjang hari - dalam sehari tu adalah 2 kali dia kena yang panas punya. Bila dah masuk ubat b*nt*t tu terus dia dah ok. Batuk pulak Dr kata bagus untuk dia. Mungkin Dr ada bagi ubat untuk dia batuk dan keluarkan kahak. Antibiotik 2 jenis dia kena cucuk kat tangan dia tu. Setiap 4 jam sekali. Antibiotik ni jenis pedih, kalau time cucuk tu memang sakit lah! Setiap ubat yang dia makan tu semua jenis kuat. So masa dia tidur jantung dia berdenyut kuat sangat. Mula2 tu saya takut sampai tak boleh nak tidur risaukan dia tapi bila Dr cakap tu kesan ubat dan tak payah risau, saya jadi lega sikit.

Sebab adik demam tak baik2 - macam2 Dr suruh check antaranya denggi dan H1N1. Alhamdulilah, keputusan semua tu negatif. So Dr cakap adik demam puncanya pasal radang paru2.

Bilik single masih tak ada yang kosong. Sekarang saya berkongsi bilik dengan 4 orang budak yang lain. Selama ni duduk bilik single sorang2 aje tapi kali ni dapat ramai kawan he..he.. Jiran sebelah saya orang Sungai Petani. Baru duduk Kuantan dalam 4 bulan. Suami dia kena tukar kerja kat sini. Puas dapat cakap loghat utara dengan dia he..he.. Ramai budak yang sakit sekarang, musim agaknya.

Lepas ni adik kena berpantang banyak benda. Selain berpantang makan dan minum, dia tak boleh lasak. Tak boleh berlari sana sini selama lebih kurang 6 bulan. Kali ni saya nak kena ikut betul2 apa yang Dr cakap. Serius! takut betul kali nie!

p/s:- tolong doakan adik cepat sembuh ya!!




2 comments:

balqish said...

kesian nye AISY xpe Balqish akn doakan AISY cepat sembuh dripada penyakit dia tu AMIN................

bidadarindu said...

Papa pun akan doakan adik cepat2 baik tau..kalau nak jadi askar kena kuat tau...ikut cakap doctor yer...