Sunday, May 13, 2012

tak ada tajuk

Lama betul tak jenguk blog nie! Teringin nak update tapi tak ada masa yang sesuai! Sebenarnya kami anak beranak ada kat KL sepanjang minggu lepas. Pertamanya ikut suami yang ada course kat KL dan keduanya saja nak tukar angin kot2 adik berselera makan dan ketiganya operasi rahsia Awatif. Ops! rahsia ni tak boleh nak bagitahu sampai Awatif bagi lampu hijau he..he..

Ya, tahu salah pasal anak ponteng sekolah lagi tapi nak buat macamanakan? Tahun ni aje boleh ikut suka hati ponteng sekolah. Tahun depan tak boleh dah pasal Awatif UPSR. Saya dah janji khaw-khaw punya kat suami. Betul! Tahun depan tak ada nak ponteng2 lagi dah! Kalau suami kena pergi course kat mana2, saya dan anak2 akan duduk rumah aje!

Dah ada kat KL dapatlah saya join shopping baju untuk kenduri Qilah bulan depan. Ikutkan dah lambat tu! Sepatutnya baju2 tu kena beli awal. Bila beli tu jenuh jugak kami nak mencari orang yang sanggup nak menjahit. Ramai tailor yang tak nak ambil tempahan dah! Maklum nak raya kan? Mujur tailor yang jahit langsir rumah kakak sanggup ambil tempahan kami yang ramai nie! Tu pun pasal dah kenal - kalau tak kenal memang dia tak nak ambil! 

Tentang tema caler & fesyen tu nanti masa kenduri saya sharekan kat sini ya. Saya kena diet mulai sekarang pasal nanti takut tak lawa pakai baju tu he..he..

on the way ke KL

rehat kejap lepas penat shopping

sempat lagi kakak!! he..he..
kat jalan TAR yang sentiasa sibuk dan ramai orang!

budak yang perasan he..he.. :)

puas hati dapat cubit dia - dah lama dok teringat kat dia tambah2 ibu dok cerita yang dia pandai sungguh cakap sampai ibu & mak bagi gelaran "tok nenek" kat dia he..he..
tiba2 merajuk

mengada betul!

bukan main lama dia merajuk - tengok gambar ni rasa macam tak sabar2 nak cubit dia lagi :)
p/s:- suami dan anak2 dah tidur - tinggal saya sorang2 dok berjaga pasal siang tadi saya tidur dari pagi sampai petang sebabnya sakit perut - dari pagi sampai petang tak makan & minum apa2, pukul 6 baru makan!

1 comment:

bidadarindu said...

Comeynyer,anak saper la tu ....